Ahad, 31 Mei 2009

Renunagan Bersama


Dari Abu Hurairah R.A katanya: saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda “sesiapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipangjangkan. Hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.
(H.R Bukhari)

sedikit sebanyak pengalaman di KTD

Nie ada nak kongsi sikit citer ngan korang, per orang kate x best r klu ada citer tp x kongsikan bersama…. Tol x???????? 1st day kat KTD….selepas pendaftaran, kami student baru bagi sem pertama 2009/2010 nie bertolak ke Gelora Beach Resort, Bachok untuk program MASIR…


nie sume gambar time explorace


semasa ucapan Ketua Eksekutif(K.E) KTD


nie sume peserta MASIR (KUIS) bagi sem satu 09/10



MASIR adalah singkatan daripada Majlis Silaturrahim…kat sana bukan saja dapat mengeratkan silaturrahim dianatara kami yang baru dan juga dengan yang lama, malah dapat mendekatkan lagi diri dengan Yang Maha Pencipta dan selain itu jugga dapat mempelajari bertapa pentingnya organisasi….

nie sume adalah sdikit sbanyak gmbar yang nak dikongsikan…. So, tunggu apa lagi jika korang berminat nagan KTD nie mai rr rgistr…..

Jumaat, 22 Mei 2009

KENAPA BABI HARAM UNTUK DIMAKAN BAGI OARANG ISLAM???



Bahaya Babi…
Menurut Dr. E.A Widmer, dalam bukunya yang bertajuk Good Health, daging babi sangat berbahaya. Penemuan baru menunjukkan babi membawa virus-virus yang boleh menyebabkan maut dan sangat cepat merebak. Salah satu virus yang paling berbahaya ialah Trichine, ianya bergerak ke dalam badan manusia seperti jantung, hati, mata, dan kerongkong apabila seseorang memakan daging babi. Seterusnya Trichine membentuk cacing-cacing yang akan terus hidup di sendi-sendi dan dalam darah manusia tadi, ianya tidak akan mudah pupus dengan mudah dan akan membiak dan boleh hidup sehingga 40 tahun lamanya. Dua hari selepas diamusuki cacing berkenaan, seseorang itu akan muntah-muntah, loya, saki perut, dan cirit-birit. 

Lemak Babi… 

 Babi mempunyai lemak yang banyak, iaitu dua kali ganda daripada lemak binatang kain. Ini bererti bagi mereka yang memakan babi, ianya sengaja menambahkan lemak yang berlebihan ke dalam tubuhnya. Pakar-pakar pemakanan bersependapat, bahawa lemak babi boleh menyebabkan penyakit babi. Henrik Dam iaitu pakar biokimia dari Denmark dalam kajiannya mendapati lemak babi boleh menyebabkan saluran kencing tersumbat. 

Dipetik daripada: Mastika (disember 2007)
Hadith:-

Untuk Renungan Bersama




Sabda Baginda s.a.w ' Agama itu adalah nasihat' Tanya para sahabat ' Untuk siapa?' Sabda baginda ' Untuk Allah, RasulNya, KitabNya, Para pemimpin dan orang ramai '.

' Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah anda meminta untuk menjadi ketua. Jika sesuatu jawatan diberi kepadamu kerana permintaan sendiri, nescaya ia akan diserahkann kepadamu tanpa pertolongan. Sekiranya ia diberikan kepada engkau tanpa engkau memintanya nescaya engkau akan diberikan petolongan '

tatapan buat wanita solehah



Seindah wanita adalah wanita solehah

Wanita solehah itu wanita aurat dijaga

Pergaulan dipagari

Sifat malu pengikat diri

Seindah hiasan di dunia ini





Keayuan wanita solehah itu

Tidak terletak pada kecantikan wajahnya

Kemanisan wanita solehah

Tidak terletak pada kemanjaannya

Daya penarik wanita solehah itu

Bukan pada kemanusan bicaranya

Yang menggongcang iman pada muslimin

Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah

Memujuk rayu

Bukan dan tidak sama sekali





Kepatahan wanita solehah

Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain

Tapi pada perjuangannya menigkatkan martabat agama

Nafsu mengatakan

Wanita cantik dengan paras rupa yang indah

Bak permata yang menyeri alam

Akal mengatakan

Wanita cantik atas kemajuan dan kehebatannya dalam ilmu





Serta pandangan dari segala aspek

Hati menyatakan

Kecantikan wanita hanya pada akhlaknya

Itupun seandai hati itu bersih untuk dinilai






Wahai wanita,

Jangan berbangga dengan kecantikan luaran

Kerana suatu hari nanti

Akan terhapus ditelan zaman

Tetapi jaga dan peliharalah

Kecantikan dalaman agar diri kita bersih

Dan sentiasa mendapat rahmat Allah


Wahai wanita yang dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai

Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan dari mu




Wahai wanita

Jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu

Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu


Wahai wanita solehah

Jangan dirisau akan jodohmu

Kerana muslimin yang bijaksana itu

Tidak akan terpaut hanya pada kecantikan rupa parasnya

Bersyukurlah atas apa yang ada serta berusahalah

Demi keluarga, bangsa dan agama