Isnin, 24 Ogos 2009

Ukhwah fillah


Program merupakan himpunan bagi student form 5 (2008) Sek. Men. Ugama (Arab) Khairiah, Padang Pak Amat. Nie merupakan himpunan pertama bagi kami. Program nie adalah bertujuan untuk menenmukan kembali dengan rakan-rakan sekelas, yang kini masing-masing telah membawa hala tuju masing-masing, ianya diadakan di Sungai Jernih.


Ada setengah dari kami yang melanjutkan pelajaran ke UDM, KOYIK, MAKTAB, KTD, Giat Mara dan ada yang amik STAM. Jadi dengan cara sebegini dapatlah kami berkumpul semula, tp perjumpaan nie bukan semua yang dapat hadir maklumlah bukannya musim cuti dan ada setengah tu dah lama tak dengar kaba berita.

selain daripada perhimpunan nie, persatuan bekas pelajar SMU(A)Khairiah (EX-SOK) juga ada buat pertemuan sebegini, yang mana kebiasaanya mereka mengadakan perjumpaan secara besar-besaran setiap kali hari raya, disini kami dapatlah berjumpa dengan senior-senior kami…

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Perempuan



Kecantikan Lelaki


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
=======================================================

Kegagahan Wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan

Selasa, 18 Ogos 2009

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepadahambanya dan hanya akan

disedarioleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam

akanmendapat tanda ini cuma samada mereka sedaratau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnyaselepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu darihujung

rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan

mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru sajadisembelih dimana jika

diperhatikan dengan telitikita akan mendapati daging tersebut seakan-akanbergetar.


Tanda ini rasanya lazat dan bagi merekayang sedar dan berdetik di hati bahawa

mungkinini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita

sedar akankehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberikesedaran atau mereka

yang hanyut dengankenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan

lenyap begitu sahaja tanpasebarang munafaat.


Bagi yang sedar dengankehadiran tanda ini maka ini adalah peluangterbaik untuk

memunafaatkan masa yang adauntuk mempersiapkan diri dengan amalan

danurusan yang akan dibawa atau ditinggalkansesudah mati.



Tanda 40 hari sebelum hari matiTanda ini juga akan berlaku sesudah waktu

Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.

Padaketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugurdari pokok yang letaknya di

atas Arash AllahSWT.

Maka malaikat maut akan mengambil dauntersebut dan mula membuat

persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikutikita sepanjang

masa. Akan terjadi malaikat mautini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu

danjika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akanmerasakan seakan-akan

bingungseketika. Adapun malaikat maut ini wujudnyacuma seorang tetapi kuasanya

untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawayang akan

dicabutnya.



Tanda 7 hariAdapun tanda ini akan diberikan hanya kepadamereka yang diuji

dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba

ianya berselera untukmakan.


Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagiantengah dahi kita iaitu

diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalahkita

selepas itu supaya perut kita tidakmengandungi banyak najis dan ini

akanmemudahkan urusan orang yang akanmemandikan kita nanti.


Ketika ini juga mata hitamkita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yangsakit

hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan inidapat dikesan jika kita melihatnya dari

bahagiansisi. Telinganya akan layu di mana bahagianhujungnya akan beransur-

ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke

depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kitaakan merasakan satu

denyutan di sebelahbelakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana inimenandakan

kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda

akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akanmerasakan satu keadaan sejuk di

bahagianpusat dan ianya akan turun ke pinggang danseterusnya akan naik ke

bahagian halkum.


Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimahsyahadah dan berdiam diri dan

menantikankedatangan malaikatmaut untuk menjemput kitakembali kepada Allah

SWT yang telahmenghidupkan kita dan sekarang akan mematikanpula.

5 Syarat Nak Buat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"


"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"


"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Ahad, 16 Ogos 2009

Program membina generasi pewaris (PEWARIS)

Hai semua....

nampaknyer bertemu kembali dengan program yang baru iaitu program PEWARIS. Program nie diadakan pada 30 julai hingga 1 ogos 2009, bertempat di Sri Chat, Pantai Cham, Bachok, Kelantan. Peserta program nie terdiri daripada 3 buah IPT iaitu KTD, KIAS, dan juga Maktab Perguruan.Dan ianya terdiri daripada 46 orang (21 siswi & 25 siswa).


semua peserta siswa

semua peserta siswi

Progarm ini merupakan anjuran bersama KTD dengan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Prngajian Malaysia (HALUAN). Ianya diadakan bukan sahaja bertujuan bagi mengeratkan hubungan diantara pelajar bagi setiap pelajar IPT tersebut, malah untuk mendekatkan diri para pelajar dengan, masyarakat setempat.





Antara pengisian bagi program ini ialah menziarahi masyarakat setempat, gotong royong, berkayak, bola tampar dan sebagainya.




progran ini banyak memberikan pengalaman dan impak yang berguna dalam kehidupan sebagai seorang pelajar...

Khamis, 13 Ogos 2009

gambar tyme Program Motivasi & Kepimpinan (PROMOK09)


program nie diadakan di Wisma Madu Machang, qlate... ianya diadakan pada 25-27 jun 2009, program nie dianjurkan oleh persatuan bekasas pelajar SMU(A)Khairiah (EX-SOK), dengan kerjasama Badan Perwakilan Pelajar (BPP) sekolah tersebut..




ianya diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan student2 yang mampu untuk berkomunikasi dengan baik bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat apabila mereka keluar dari bangku sekolah nanti, selain itu untuk memberikan kesedaran bertapa pentingnya kerja di dalam organisasi.


nie r sdikit sbanya k yang dapat dikongsikan....
sebenarnya banyak lagi gmbar2 yang ada, tp oleh kerana masa itu amat mencemburui ,


so, byak nie je yang dapat dikongsikan....
insyaAllah jika diizinkan akan ditamdah lagi....

Ahad, 2 Ogos 2009

siapa aku di depan tuhanku

subuhnya.....
tatkala aku masih lena dalam kelambu rindu......
sambil berfoya2 dgn waktu......
masa bagaikan ombak yang merdu...
langkah kaku bagaikan tiada arah yang di tuju....
fikiran terus buntu dan bercelaru...
siapa aku di depan tuhanku....

zuhurnya...
aku masih fikirkan kelaparan....
kehausan dan rehatku...
aku lebih mengutamakan tuntutan jawatan ku..
aku bertolak ansur dengan waktu..
aku gembira dengan keuntunganku..
aku terlupa betapa besarnya kerugian..
andai aku menggadai sebuah kekuatan..
siapa aku di depan tuhanku..

asarnya..
aku leka warna masa yang berlalu dengan cepat..
berubah bagaikan di tolak2...
aku masih dengan secawan kopiku...
terlupa panas di hujung kepala..
siapa aku di depan tuhanku..

maghribnya....
aku melihat warna malam...
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabir...
mencari sisa2 keseronokan...
tak terasa ruang masa yang singkat..
siapa aku di depan tuhanku..

isyaknya...
kerana masanya yang panjang..
aku membiarkan penat menghimpit dadaku..
aku membiarkan kelesuan menodai diriku..
aku rela terlena sambil menarik selimut biruku..
siapa aku di depan tuhanku..

kini aku tertanya2 siapa aku di depan tuhanku..
sampai bila aku akan melambatkan sujudnya..
apabila azan berkumandang lagi..
aku tidak akan membiarkan masjid sepi...
kerana di hujung hidup ada mati..
dimana jenazah akan di bawa pergi..
sembahyang disini..
jika ruangku di biar sepi..

jika wajahku menjadi asing..
pada bintang2 dan mentari..
siapa aku di depanMu YA RABBI...!

KATA-KATA RENUNGAN

  • salam terindah ku kirimkan, salam sejahterabpenghuni syurga,..salam yang harumnya melebihi kasturi, sejuknya melebihi embun pagi. Salam sehangat mentari waktu dhuha, salam sesuci air telaga kautsar...Salam penghormatan & persahabatan yang tiada pudar dalam setiap musim & peristiwa. Salam ukhuwah untukmu kerana Allah...
  • Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk & menangis peritnya terasa tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadirnya kerana Allah. Mahukan kita ingin menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan...semoga kita tabah & di tetapkan iman.
  • Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna .Banyak yang perlu di korbankan, Banyak juga yang perlu di lepaskan..sesekali langkah tersadung rebah menyembah. Sesekali melangkah gagah tersenyum megah & semua memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran & air mata. Selagi prinsip hidup derada diatas landasan yang betul. Usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN. Anggaplah bila sesekali di duga, itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita bangun untuk menjadi manusia sempurna.
  • Ya Allah,kekalkanlah hidayah dalam dadaku, jadikannya pedinding dari maksiat bagiku disini, Ya Allah...jadikannya penolong ku di barzakh..jadiannya juga padaku sebagai anugerah dariMu.
  • Sekali kaki melangkah di jalan Allah jangan mengundur. Biar masa berganti, Aqidah jangan mati....Biar zaman berubah, Keyakinan pada Allah jangan goyah...jagalah Allah, Allah akan menjagamu.