Jumaat, 31 Disember 2010

Kita Sibuk Dengan Apa?


Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.

Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:-


Muhasabah 2010 & 2011



إِنَّ اللهَ لاَيُغَيِّرُ مَابِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ....


Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum ,
sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”
(Ar-Ra’d :13:11)

Rabu, 22 Disember 2010

Merenung Sejenak


Tak kadang bila merenung kembali dan aku terfikir,
Adakah aku sempuna di pandangan-NYA???
Adakah segala kerja @ amal yang aku lakukan diterima-NYA???
Adakah semua yang aku lakukan itu betul disisi-NYA???
Dan pelbagai lagi persoalan yang tinbul..

Walaubagaimanapun sebagai manusia kita perlulah melakukan  segala perintah-NYA
Dan berusaha untuk meninggalkan segala larangan-NYA
Ye memang tidak dapat dinafikan bahawa bukan senang untuk kita melakukan semua itu
Bukan juga senang untuk kita melawan hawa nafsu bisikan syaitan terhadap kita
Tetapi walau apa pun kita perlu berusaha sedaya mungkin untuk melakukan semua itu

Oleh itu, kita perlulah selalu muhasabah kembali diri kita setiap hari, ini adalah kerana untuk menyedarkan kita & menghindarkan kita dari melakukan maksiat kepada ALLAH.

Sabtu, 11 Disember 2010

DOA AKHIR & AWAL TAHUN

DOA AKHIR TAHUN

Sempena akhir tahun hijrah 1431, kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.
Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.


DOA AWAL TAHUN



Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Rabu, 8 Disember 2010





pertamanya marilah sama2 kita mengucapkan kesyukuran terhadap ILAHI kerana memberi peluang untuk meneruskan kehidupan sehingga tahun 1432 H yang baru sahaja kita semua melangkah masuk pada tahun ini. semoga tahun2 yang lalu mengajar kita akan erti kehidupan yang sebenar dan untuk kita praktikkan dalam diri kita pada tahun yang akan datang.
bersempena maal hijrah ini yang membawa beribu erti dalam kehidupan kita, yang mana penghijrahan RASULULLAH S.A.W. dari Kota Mekkah ke Kota Madinah bersama ummat islam di  Mekkah.yang mana membaru sinar baru kepada penduduk Madinah. Oleh itu, kita sebagai ummat MUHAMMAD s.a.w. Perlulah kita mengikut sepertimana penghijrahan yang telah dilakukan oleh Junjungan Besar Nabi s.a.w.
kita perlu berubah kearah kebaikan dan memberi kebaikan kepada masyarakat yang ada disekeliling kita..
untuk peringatan bersama...
Salam MAALHIJRAH 1432 H

Selasa, 30 November 2010

setelah lama menyepi

Alhamdulillah...
setinggi kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi,
kerana dengan keizinanNya dapat lagi meneruskan kehidupan buat hari yang seterusnya.
sebenarnya tiada apa yang nak dikongsikan cuma untuk peringatan bersama tentang
 "kepentingan menuntut ilmu dalam islam", 


menutut ilmu sangat penting bagi kita sebagai manusia dan juga khalifah dimuka bumi ini, menurut Prof Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, ilmu-ilmu agama merupakan alat bagi kita untuk menyelesaikan banyak perkara dalam urusan seharian, sebagai contoh, jika sesuatu mesin industri rosak, jurutekniknya memiliki alat-alat berkaitan dengan pembaikannya, maka tugasnya menjadi mudah kerana dia memiliki alat untuk mengendalikan proses pembaik-pulih mesin tersebut.


Dengan ilmu jugalah kita dapat mengenal Rasul dan juga ilmu tentang agama dan juga mengetahui tentang hukum-hakam dalam islam...


طلب العلم فريضة على كل مسلم

(riwayat Ibn majjah)

maksudnya: menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim

kesimpulannya, kita sebagai manusia selaku khalifah di muka bumi ini wajib menuntut ilmu bagi menjalani kehidupan seharian dan juga untuk membantu masyarakat yang ada disekeliling kita... Ilmu juga diibaratkan seperti lilin, yang mana ianya menerangi kehidupan kita dan juga yang ada disekeliling..

lastly, mohon maaf, jika terdapat kesalahan dalam perkongsian ini, harap pembetulan dari pembaca....
wassalam...
jazakallah hukhairan khashiran...

Sabtu, 16 Oktober 2010

luahan hati

pada 14 oct 2010 (khamis), mula pendaftaran bagi semester 4... 
bagi sem nie pelbagai dugaan yang diberi oleh-NYA terhadap aku...
sehinggakan aku sendiri pening memikirkannya...
terutama sekali masalah kewangan...
tapi pape pun i'Allah mesti ada jalan penyelesaiannya
kita hanya berdoa & tawakkal kepada-NYA...


akhir kata semoga semester yang lepas akan mengajar seribu erti tentang kehidupan terhadap diri ini
syukra.. jazakallahukhairan kathiran... wassalam...

Kursus Asas Fasilitator PESAT 1(2010)


Kursus Asas Fasilitator PESAT 1(2010)
HALUAN Kelantan
14 & 15 Oktober 2010
Sri Pantai Beach Resort, Melawi, Bachok


Alhamdulillah,
Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepda Sang Pencipta
Kerana masih lagi menghidupkan untuk menyambung tugas yang diamanahkan oleh-NYA kepada kita selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dalam menjalankan kerja2 ISLAM,
selain itu masih lagi menghidupkan kita dalam 2 nikmat yang paling besar iaitu IMAN & ISLAM
kesyukuran juga kerana member peluang kepada diri ini untuk mengikuti
KURSUS ASAS FASILITATOR PERSAT 1 anjuran HALUAN KELANTAN

dengan mengikuti Kursus ini, banyak medapat input2 yang berguna dan juga ianya tidak boleh didapati di tempat lain, kursu ini adalah bertujuan untuk Mengajar dan memtapkan diri para fasilitator sebelum berada dalam halakat. Ianya menekankan tentang peranan mad’u & da’ei.
Yaaa…. Memang tidak dinafikan bahawa diri ini penuh dengan kekurangan dan begitu banyak memerlukan tujuk ajar daripada sahabat2 semua.

Dalam Kursus nie diisi dengan dua ceramah dan satu bengkel, antara ceramah adalah
 “Mulianya Menjadi Murabbi” oleh: (Ustaz Abdullah Thaidi B. Hassan) dan
 “Liqa’ PESAT Sebagai Nukleus Tarbiyah” oleh (Dr. Abdullah Sudin B. Abdul Rahman)
Merupakan Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim (KTD).

Disini juga kami membincangkan permasalahan yang berlaku kini dan jalan untuk mengatasinya,
Alhamdulillah dengan berkat persepakatan semua yang terlibat dapatlah jalan penyelesaian terhadap kajian kes yang diberikan…

Inilah merupakan pengalaman yang sukar dicari, untuk mangajak sahabat2 & sohibah2 agar sama2 mendapat mardhotillah….
Agar kursus seperti ini dapat di adakan lagi pada masa yang akan datang….
Rasanya setakat ini sahaja untuk kali nie, InsyaAllah jika berkesempatan kita bersua lagi..
Jazakkallahukhairan kathiran wassalam…..

Ahad, 5 September 2010

Kalau Sayalah Jadi Pemimpin

 


 
Kalau sayalah jadi Tuan Menteri,
saya tak tahu mana nak lari,
sebab saya tahu Allah tanggungjawabkan saya dengan apa yang saya pimpin.
Dan apa harta rakyat yang saya diamanahkan.
Dan kebajikan rakyat yang perlu saya pertahankan.
Dan kezaliman serta penindasan yang perlu saya hapuskan.
Dan Islam yang benar dan sahih yang perlu saya tegakkan.
Tuan Menteri rasa Tuan mahu lari ke mana?


Kalau sayalah jadi Tuan ketua,
boleh beruban saya hari ke hari,
memikirkan sudah terbaikkah khidmat saya kepada rakyat.
Sudahkah rakyat terbela?
Sudahkah yang miskin diberi makan?
Yang muda diberi pendidikan,
yang kaya dibersihkan hatinya.
Yang tua diberi cinta,
dan yang kecil pula sentiasa dibina.


Kalau sayalah jadi Tuan Patinggi,
saya tak tahu jawatan dan harta saya mahu ke mana.
Sebab saya mati nanti, anak-anak dan waris yang takutnya berebutan.
Kerna saya tahu bukan itu patutnya saya wariskan.
Dan saya juga risau melihat di kiri kanan jalan mereka,
tak berumah, tak berdapur, tak belajar,
tak punya hidup seperti saya.
Adakah saya sudah buat apa yang patut saya buat?


Sebab itu saya bukan kamu Tuan Menteri, Tuan Ketua, Tuan Patinggi.
Saya tak mampu berbuat macam kamu.
Tuan-tuan semua memang hebat.
memang amanah, memang kuat, memang mantap.
Tuan-tuan sudah membela rakyat.
Tiada lagi rakyat  miskin tertindas.
Tiada lagi jerung-jerung dan buaya menyiksa mereka tak berdaya.
Tiada lagi tanah peribumi dijual dan digadai.
Tiada lagi anak-anak muda berseronok terbiar.
Islam, Tuan-tuan jadikan sebagai dasar.


Syurga untuk Tuan-tuan...

Syurga untuk Tuan-tuan...
Kalaulah syurga itu yang Tuan mahukan...



dipetik dari:
www.iluvislam.com
Oleh: tajulrijalannuar
Editor: Rasailul Ashwaq

selesai sudah

Alhamdulillah dipanjatkan kepadaNya kerana exam dah pun habis, last paper 3 sept 2010 (jumaat)
dan sekarang bermulalah cuti sem bagi semester nie.. InsyaAllah semester baru akan bermula pada 1010'10(ahad)

Ahad, 29 Ogos 2010

exam.... exam....

alhamdulillah ada 2 paper lagi untuk final exam bagi sem nie...
slepas nie akn cuti sem dan sambut raye... nasib baik la raye lpas final, lau tak alamtnya tak beraya laa..... nak raye mcam ner, kpala asyik fikir exam.. pape pun syukur la,,,,

Raye datang lagi…



Sempena nak raye nie diri ini ingin megambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua, maklumlah kita sebagai manusia memang tidak lari dari melakukan dosa. Oleh itu sempena bulan baik ini minta ampun maaf dari semua kesilapan…..
SELAMAT HARI RAYA AIDAILFITRI 1431 H

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


Tahniah diucapkan kepada Malaysia Tanah Air Tercinta kerana menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 pada tahun ini iaitu 31 Ogos 2010 M / 21 Ramadhan 1431 H.
Kita sebagai rakyat Malaysia  patut rasa bertuah kerana sambutan merdekan pada tahun ini disambut pada bulan Ramadhan yang penuh berkat.
Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar Negara kita akan terus aman dan bebas dari segala penjajah rohani mahupun jasmani….

AL-QURAN KARIM



Bulan Ramadhan juga merupakan bulan al-quran, selain menyebutnya sebagai bulan puasa. Ini adalah kerana pada bulan inilah Al-Quran buat pertama kalinya diturunkan. Al-Quran adalah kitab Allah yang diturunkan kepada kekasihNya Muhammad s.a.w., dan merupakan kitab terahir turun kepada nabi-nabi dan rausul-rasulNya yang membawa kebenaran dan mengesahkan ketib-kitab yang terdahulu turun daripadanya.

PENURUNAN AL-QURAN DAN PENGAJARAN DARIPADANYA
Ulamak masih lagi memperselisihkan tentang menentukan malam atau tarikh turunnya Al-Quran, namun ada pendapat yang di kira kuat menyebut bahawa Al-quran pertama kali diturunkan pada 17 Ramadhan.
Al-Quran diturunkan secara bertahap, sesuai dengan peristiwanya selama lebih kurang 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, selaras dengan firman Allah yang bermaksud: “dan orang-orang kafir berkata: mengapa tidak diturunkan Al-Quran itukepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekali gus)? Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur dan satu persatu”.


Pada awalnya rasulullah s.a.w membacakan Al-Quran yang diterima beliau melalui Jibrail Alaihissalam kepada para sahabat r.a. Para sahabat kemudian menyalin hafalan tersebut ci batu-batu, kulit binatang atau kulit kayu. Tulisan tersebut dihafal dan kemudian tersimpan di dalam hati sahabat Rasulullah s.a.w. Hafalan tersebut tidak sekadar menjadi hafalan tetapi menjadi “perhiasan diri” mereka, dan kemudian diperturunkan menjadi perkataan, perbuatan dan sikap atau tindakan dalam kehidupan serta seterusnya melahirkan masyarakat yang mentradisikan Al-Quran di tengah-tengah kehidupan.
17 Ramadhan merupakan peristiwa yang patut kita ingati dan juga hayati bagi umat islam tentang sejarahnya yang mana pada malamnya diturunkan Al-Quran. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati dan mengambil pengajaran daripadanya kerana ia boleh memantapkan kecintaan kita terhadap kitab yang diturunkan oleh Allah ini, dan jangan sampai berlakunya fenomena sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan bersar Nabi Muhammad s.a.w. bahawa: “akan datang suatu zaman bagi manusia tidak tinggal pada Al-Quran melainkan tulisan tulisan belaka”.
Sebagai pedoman untuk kita semua, marilah klita menanam kesedaran bahawa tanpa Al-Quran keadaan kita amatlah hina, bodoh dan lemah. Walaupun sebelumnya kita berada dalam keadaan mulia, cerdas  dan kuat; bahkan tanpa pedoman Al-Quran, di bulan puasa ini umat Islam boleh menjadi golongan manusia yang paling kuat makan berbanding dengan golongan manusia yang lain. Dengan pedoman Al-Quran kepimpinan umat Islam yang terdahulu berjaya memacu peradaban dan ketamadunan sehingga membawa mercu tanda kejayaan dan umat Islam yang gemilang walaupun hidup di Padang Sahara. Ini selars dengan firman Allah s.a.w. yang bermaksud:
Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.
            (Surah Ali-Imran :110)
Dipetik dari:
Intisari Khutbah Jumaat
04 September 2009
Masjid Al-hakim
Mukim Taman Tangjung Chat
15300 Kota Bharu
kelantan

Khamis, 19 Ogos 2010

Ranum Ramadan

Fajar harum, bermula salam dalam udara
yang mengkhusyukkan. Semuanya tiba
terdampar dalam sepi bermusim sabar:
Hati dan budi, didakap tulus oleh solat,
dalam gementar yang sentiasa syahdu.
Dalam nafas jerih bulan paling jernih,
amalan puasa mencabar dan mengajar.
Terlimpah sepadat makna yang perih;
kita belajar dari derita yang pedih;
dan dalam bulan ujian terlalu garang
kita masih boleh mengutip kesejahteraan.
Dongak ke angkasa rahsia mengkhayali
lapisan sfera, ke qalbu tersentuhnya
kita, digundahi kekaguman luar biasa:
Bumi anugerah Allah dan terpilih kita
khafilahnya, datang yang dianugerahi,
boleh memberi, boleh juga memungkiri,
terpulang santun memilih atau menafi.
Bulan ini memangnya saat bertafakur,
bersedia memurni diri jika bersyukur,
kerana puasa yang menguji, menjelang
Aidilfitri, nafas kudus menghening diri,
terbimbing ke batin lebih berhemah.
Terima kasih kita sepadu syahdu arah
yang memang datang seiring anugerah;
kerana manusianya kita, dan kerdilnya
di hadapan Allah, wajar bersyukurlah
setiap saat, sepurnama, penuh mekar
dalam debar, membaca setiap iktibar.
Kita beransur ranum dalam bulan mulia.

A. SAMAD SAID

Selasa, 17 Ogos 2010

xder rezeki

eemmm.....
nak buat cam ner, dah x der rezeki...
ari nie (1708'10 / selasa)
phone aku diambil orang
niat asal nak cari barang skit kat Kota Bharu
tyme tengah rest jap
datang sorang pak cik dlm lingkungan 50-an
ajak tok borak2
lama jugak kami borak2, macam2 isu yang die crita
shinggakan last sakali, lbh kurang kol 10 lbh
aku kluarkan phone tok tengok masa
"phone ada bateri X???"
tanya pak cik
"ada...."
jwab aku ringkas...
kemudian die minta agar aku tkarkan kad sim sebab nak call orang dan x igt nombor
aku jadi serba salah, tp oleh kerana ingat orang tua........ paham2 jelah cam ner.....
lpas 2 die mintak untu pergi top4....
lpas dari tu tibe2 je die menghilangkan diri.

kemudian aku pergi kedai top4 tersebut
"kak ada nampak tak pakcik yang pakai kopiah top4??"
tanya aku pada pekerja kedai
"x,der... tp ada lalu ikut sini td....."
jawabnya..
 
aku terus menuju ke arah yang ditunjukkan oleh pekerja kedai td
tp malangnya..................
dah xder rezeki... 

Rabu, 11 Ogos 2010

Hari Terbuka Kelab & Persatuan KTD

"organisasi Persatuan ITHAR 2010/2011"

hari kelab dan persatuan yang diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang baru tentang kelab dan persatuan yang wujud di KTD. 
ianya diadakan di medan At-Taqafi KTD pada 11 Ogos 2010 M bersamaan 1 Ramadhan 1431 H
Antara kelab dan persatuan yang wujud adalah "PERKEMAS" , "ITHAR", "NASYID" dan banyak lagi..


"nie hamper memperolehi tempat ke-2 dalam petandinga Booth cantik"

peringatan bersama

kini Sya'aban telah pun melabuhkan tirainya dan Ramadhan pula yang datang untuk besama-sama kita dan menemani kita untuk mengerjakan amal ibadah, oleh itu marilah sama-sama kita mengambil masa bersama Ramadhan ini dengan sebaiknya, ini adalah kerana belum tentu pada tahun yang akan datang kita sepat bertemu dengannya lagi..

Gunakan Masa Yang Ada Dengan Sebaiknya

Sabtu, 7 Ogos 2010

Bersama masyarakat Kg. Karang



Persatuan ITHAR Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) mengadakan program “Belajar Sambil Berbakti II” yang diadakan di kampong Karang, Banggu, Kota Bharu. Program ini diadakan pada 5-7 Ogos 2010 (Khamis- Sabtu). Program ini adalah kerjasama dengan AJK Madrasah Kg. Karang dan Juga AJK Madrasah Binjai Manis.

Program ini adalah bertujuan untuk mendekati masyarakat setempat dan pada masa yang sama ingin memberi pendedahan kepada kanak- tetang kelebiahan bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi dengan mengadakan Kuiz Ramadhan.
penyembelihan kambing
Diantara akyivi yang dijalankan sepanjang program adalah:
·         Ketua kampung menceritakan sejarah Kg Karang
·         Gotong-royong membersih surau
·         Kuliah Maghrib oleh imam muda Masjid Gong Dermin, Kota Bharu
·         Sukaneka untuk kanak-kanak
·         Tanyangan video
·         Pengenalan KTD kepada masyarakat

Sabtu, 31 Julai 2010

Amalan-Amalan di Bulan Ramadhan



  • Mengerjakan rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Tentunya sekali pahala yang melimpah ruah ini tidaklah diperolehi hanya dengan menahan diri dengan berlapar dan dahaga sahaja, tetapi hendaklah kita berpuasa juga pendengaran, penglihatan dan tutur kata. Janganlah sia-siakan pahala puasa kita.
  • Lakukanlah qiamulail/solat terawih dengan berkualiti, bukan banyaknya. Jagalah adab-adab solat seperti to'maninah, bacaan yang teratur dan rukun-rukun solat yang lain.
  • Bersegeralah menunaikan sedekah menurut kadar yang termampu kerana bersedekah pada bulan Ramadhaan itu mempunyai kelebihan dan keistimewaannya.
  • Bersungguh-sungguh membaca al-Qur'an (tilawah)
  • I'tikaf merupakan ibadat yang mencakupi kebanyakan amalan taat seperti solat, tilawah, berzikir, berdoa dan lain-lain. I'tikaf itu adalah sangat dituntut pada sepuluh hari yang terakhir.
  • Mengerjakan umrah pada bulan Ramadhaan.
  • Mencari malam Lailatulqadar di mana telah diturunkan al-Qur'an. Malam Lailatul Qadr itu adalah pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhaan, iaitu pada malam yang ganjil bilangannya.
  • Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar pada waktu-waktu yang mustajab.
  • Prihatin kepada amalan-amalan khusus di dalam puasa harian seperti waktu berbuka dan bersahur.
  • Melaksanakan kewajiban mengeluarkan zakat.
  • Mengeratkan silaturahim.
Akhir kata marilah kita juga mengambil tekad untuk mempertingkatkan amalan-amalan utama harian iaitu solat fardhu yang lima oleh kerana amalan puasa sahaja tanpa solat harian tidak selari dengan intipati firman Ayat 183 Surah Al-Baqarah dan dikhuatiri kita akan termasuk dalam golongan orang-orang yang hanya berlapar dan berdahaga sahaja di bulan Ramadhan.

Ingatlah bahawa amalan-amalan sunnah yang dipraktikkan pada bulan Ramadhaan ini tidak berakhir apabila berlalunya Eidulfitri. Sebaliknya segala ibadat-ibadat tersebut adalah latihan untuk kita terus beristiqamah mengerjakannya pada setiap hari iaitu solat fardu berjemaah, solat-solat sunat mu'akadah, bersedekah, tilawah Al-Qur'an, berzikir, berdoa dan beristihgfar pada bulan-bulan seterusnya sehinggalah kita bertemu kembali dengan Ramadhaan tahun depan dengan azam menjadi hamba yang bertakwah. Insya Allah.

dipetik dari : http://www.sioloon.com/raya-2007-f130/empat-amalan-bulan-ramadhan-t1438.htm

Empat Amalan Bulan Ramadhan


"wahai org2 yang beriman, telah wajib ke ats kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke ats umat2 terdahulu"

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu :

1) melazimkan bacaan kalimah taiyibah

dlm satu hadis, dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah iaitu "Laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

2)beristighfar


digalakkan juga beristighfar kerana Allah berjanji akan memberi kita
jalan keluar dari kesukaran dan membebaskan dari kesedihan. malah
insyaAllah akan memperolehi rezeki dari sumber yang tidak pernah
disangkakan.

3)memohon memasuki jannah

Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga:

"Allahhumma as'alukal jannata wa z'izubika minarnnar"

4)berlindung dengan-Nya daripada neraka Jahannam
 
 
dipetik dari: http://www.sioloon.com/raya-2007-f130/empat-amalan-bulan-ramadhan-t1438.htm

Rabu, 28 Julai 2010

RMADHAN datang lagi


alhamdulillah...
syur kita terhadap Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk kita bertemu denag ramadhan yang akan datang tidak lama lagi, oleh itu marilah sama2 mengambil peluang ini untuk tinggkahkan amalan kita pada bulan ini untuk mendapatkan ganjaran  sepertimana yang telah dijanjikan olehNya terhadap kita sebagai hambaNya...

seruan ilahi

Asslamualaikum w.b.t.
pertama dan selamanya marilah sama2 kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita terhadap ALLAH s.w.t, kerana masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk merasai segala nikmat yang telah diberi pinjam olehNya kepada kita, terutama sekali nikmat untuk bernafas

dikesempatan ini marilah sama2 kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada kakak saya asniza ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 Julai 2010 pada pukul 10.30 malam di HPRZ 11 Kota Bharu, disebabkan penyakit yang ditanggungnya iaitu buah pinggang sejak hampir setahun yang lalu.
oleh itu, kita yang masih lagi hidup perlulah mengisi peluang yang ada dengan sebanyak mungkin amal untuk hari yang bakal mendatang...

ini sahaja pekongsian yang dapat disampaikan untuk kali in..
insyaAllah kita sambung dalam POST yang akan datang.

" gunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin, 
agar ianya tidak menyesal kelak"

Sabtu, 10 Julai 2010

Bersyukurkah kita???

Adakah kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan olehNya kepada kita??? adakah kita tahu bertapa besarnya nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya???  tidak ternilai betapa besarnya nikmat yang telah dikurniankan-Nya kepada kita,nikmat yang paling besar sekali adalah nikmat Iman dan juga Islam, dan nikmat yang kita gunakan pada setiap hari adalah percuma seperti nikmat melihat, menghirup udara yang segar, makan dan banyak lagi dan tidak pernah diminta untuk dibayar walaupun sesen pun, ini kerana Allah hanya meminta kita hanya untuk ber'ubudiah kepada-Nya sahaja. oleh itu kita sepatutbya bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita, dan ingatlah bahawa, kita ada segala-gala kerana Allah..
::untuk peringatan bersama::

Khamis, 24 Jun 2010

perancangan masa depan

kadang2 pening bila sebut pasal masa depan. yelah kita sendiri tidak menetahui apa yang akan berlaku terhadap kita pada masa yang mendatang.

ada sesetengah sahabat, asyik sebut psal kawin jer, tu mungkin dah tak lama la tu.. tp pape pun jgn lupa jemput nanti ek!!! hak3... ada setengah lagi risau sal nak sambung belajar kat mane lepas nie, tu yang suka study la.... bgus3... crah masa dpan... dan last skali ada yag fikir nak keja kat mana lpas nie... ish3...

mcam2 kan gelagat sahabat2 kita nie, tapi, kita kena ingat bahawa apa pun dah ditetukan oleh-Nya.. kita hanya mampu merancang... tapi bagus lah bagi mereka yang mempunyai perancangan, barulah hidup kita tersusun.. btol tak???

Selasa, 9 Mac 2010

kenangan bersama kwan2



Nie majlis perpisahan bagi student Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi student form 6, 2009 SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat, Pasir Puteh… walaupun ana tak amik STAM, namun dorang sume jemput ana untuk join skali jamuan dorang…

kongsi-kongsi


Alhadulillah,
Pertama sekali memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, kerana telahpun memberi peluang kepada diri ini untuk bekerja sempena cuti semester kali nie, sdikit sbanyak dapatlah memperolehi duit saku untuk diri sendiri dan juga skurang-kurangnya dapatlah bayar yuran pendaftaran bagi semester yang akan datang. Disamping itu juga, ringan la sedikit beban kedua orang tua.

Pesan Imam Hassan Al-Banna

Assalamuailaikum w.b.t.

Post kali nie hanyalah untuk perkongsian apa yang ana perolehi iaitu pesan Iman Hassan Al Banna, artikal nie ana ambil daripada ustaz ana dan ini adalah bertujuan untuk berpesan kepada diri sendiri dan juga kalian sekalian...

"Sejauh mana kita menghayatinya?
Patuhkah kita dengan wasiat ini?

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Oleh itu bersamalah kita berusaha untuk memperbaiki diri kita semoga sama-sama memperolehi keredhaan-Nya... AMIN...

Hikmah



Ø      Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup ini.

Ø      Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itupenting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Ø      Dinia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat

Ø      Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Ø      Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya (Khalifah Ali Bin Abi Talib)

Ø      Keadilan itu syurga bagi arang yang dizalimi, tetapi keadilan itu adalahneraka bagi orang-orang yang bersifat zalim. (Saidina Umar bin Al-Khatab)

Ø      Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ia dating dari semangat yang tidak pernah mengalah

Ø      Kemarahan orang yang berakaldilihat pada tindak tanduknya dan kemarahanyang ada pada orang jahilitu dapat dilihat melalui perkataannya.

Ø      Barangsiapa yang jernih hatinya akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajanya (Saidina Umar Bin Al-Khatab.

Ø      Manusia yang berakal ialah manusiayang suka menerima dan meminta nasihat (Saidina Umar Bin Al-Khatab.

Ø      Banyak berhutangakan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan (saidina Ali Bin Abi Thalib)

Ø      Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan mika berseri-seri dan mengucapkan  kata-kata lemah lembut (saidina Umar Bin Al-Khatab)

Ø      Di dinia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidqak beragamamerasa lebih sengsara (Saidina Abu Bakar As-Siddiq)