Selasa, 9 Mac 2010

kenangan bersama kwan2



Nie majlis perpisahan bagi student Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi student form 6, 2009 SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat, Pasir Puteh… walaupun ana tak amik STAM, namun dorang sume jemput ana untuk join skali jamuan dorang…

kongsi-kongsi


Alhadulillah,
Pertama sekali memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, kerana telahpun memberi peluang kepada diri ini untuk bekerja sempena cuti semester kali nie, sdikit sbanyak dapatlah memperolehi duit saku untuk diri sendiri dan juga skurang-kurangnya dapatlah bayar yuran pendaftaran bagi semester yang akan datang. Disamping itu juga, ringan la sedikit beban kedua orang tua.

Pesan Imam Hassan Al-Banna

Assalamuailaikum w.b.t.

Post kali nie hanyalah untuk perkongsian apa yang ana perolehi iaitu pesan Iman Hassan Al Banna, artikal nie ana ambil daripada ustaz ana dan ini adalah bertujuan untuk berpesan kepada diri sendiri dan juga kalian sekalian...

"Sejauh mana kita menghayatinya?
Patuhkah kita dengan wasiat ini?

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Oleh itu bersamalah kita berusaha untuk memperbaiki diri kita semoga sama-sama memperolehi keredhaan-Nya... AMIN...

Hikmah



Ø      Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup ini.

Ø      Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itupenting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Ø      Dinia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat

Ø      Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Ø      Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya (Khalifah Ali Bin Abi Talib)

Ø      Keadilan itu syurga bagi arang yang dizalimi, tetapi keadilan itu adalahneraka bagi orang-orang yang bersifat zalim. (Saidina Umar bin Al-Khatab)

Ø      Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ia dating dari semangat yang tidak pernah mengalah

Ø      Kemarahan orang yang berakaldilihat pada tindak tanduknya dan kemarahanyang ada pada orang jahilitu dapat dilihat melalui perkataannya.

Ø      Barangsiapa yang jernih hatinya akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajanya (Saidina Umar Bin Al-Khatab.

Ø      Manusia yang berakal ialah manusiayang suka menerima dan meminta nasihat (Saidina Umar Bin Al-Khatab.

Ø      Banyak berhutangakan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan (saidina Ali Bin Abi Thalib)

Ø      Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan mika berseri-seri dan mengucapkan  kata-kata lemah lembut (saidina Umar Bin Al-Khatab)

Ø      Di dinia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidqak beragamamerasa lebih sengsara (Saidina Abu Bakar As-Siddiq)

Transit di Alam Barzah & Padang Mahsyar

Artikal ni ana ambil daripada ustaz ana, untuk renungan bersama....


Setiap Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu :

1. Alam Roh
- Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan
mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
- Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim
- selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi
mengingati segala peristiwa Alam Roh)

3. Alam Dunia
- Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi
amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.
- Hidup sehingga 65thn-75thn

4. Alam Kubur
- Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 thn bersamaan 1000 thn
didunia.
- Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid ; Rasulullah saw
bersabda :" Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara
kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang
Neraka"

5. Alam Mahsyar
- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 thn bersamaan 50,000 thn didunia.
- Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan
oleh Malaikat Israfil.
- Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg
kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan
isinya.
- * Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama
dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila
kiamat tiba (termasuk orang beriman yg mati di Mekah /
Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau
Madinah shj. Haram berniat utk mati ditempat yg lain.
- Rasullullah s.a.w yg pertama sekali dibangkitkan dimana
Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail " Dimana kamu
tinggalkan umatku"
# Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan dipermulaan
keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada
tiga golongan :

1.Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu
orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.

2.Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik;
mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah
Peringkat Kedua)

3.Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang
jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan
celaka/sial).

Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil
dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu;

1.Muqarrabiin.
2.Golongan Kanan.
3.Golongan Pendusta Yang Sesat.



Peristiwa di Padang Mahsyar
---------------------------
- Manusia dibangunkan dlm keadaan telanjang melainkan mrk yg
beriman. Jln masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7
golongan. Mengikut Riwayat , Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as
diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yg lain (para Nabi,
Sahabat dan mrk yg beriman).

7 golongan :

1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid
3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yg diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata " Aku
takut pada Allah"
6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan)

Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000 thn
didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mrk yg
beriman, kemudian terdengar suara "pergilah berjumpa dgn para Nabi".. maka yg mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam ttp usaha mereka gagal krn Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa krn memakan buah larangan di syurga.. maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw
memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat

- Soal Jawab
- Membaca catatan amalan
- Hisab

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.
"Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam." Surah Maryam Ayat 68

Kemudian manusia meniti SiratulMustakim yg mana perjalanannya mengambil masa 15,000 thn perjalanan (persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yg meniti hanya tinggal 1 sahaja yg akan berada di titian sirat (iaitu mrk yg beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas
kilat bagi mrk yg beriman) . 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yg meninggal
sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat).

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk
rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar

pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia
sebaik sahaja melihat api neraka ;

**Diambil dari Kitab/Al-Quran oleh penulis asal

Ahad, 7 Mac 2010

(Buat renungan bersama) Fikir Sejenak _COUPLE


"Maaf andainya terkasar bahasa...
untuk pengajaran bersama...
Andai ada yang terasa maaflah...
Sekadar p'kongsian bersama...
Saling ingat mengingati...

Antara perkara yang ber"manfaat" daripada ber'couple' ;

1) Seronok (dapat fitnah)...
2) Seronok (dapat dosa)...
3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...

4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...

5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk bersedekah)...tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan...

6) Banyak risau (takut awek orang lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)...

8) Lebih mengutamakan awek daripada orang lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja....yang lain dah tak kisah.)...

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...

10) Lain-lain lagi yang m'berikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...

Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/kajian ana terdapat beberapa sebab yang menjadi PENDORONG mengapa ber'couple'
terjadi ;

1) banyak sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal p'campuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak...

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu lah dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak (Nauzubillah !)... pada pendapat mereka, keluar dating di khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak apa lah dosa pun sikit saja. Nanti dah kahwin settle dan taubat lah. Ana bab ini yang payah nak jawab...ada saja alasan dia orang untuk melepaskan diri. orang kata kalau dah nak buat tu memang macam2 helah. Kita nasihat agaknya sini dia corner agaknya lain. banyakkan bersabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil daripada pentarbiyahan Islam yang tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka terjadinya perhubungan(kawan-kawan) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dengan selamba kata,"Tak apa lah dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior lah". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu lah menilai yang baik dan yang buruk...tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...

4) bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga seperti cara bergaul, bercakap, dan sbgnya. Ini m'buka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak p'percaya cuba pergi lepak (tujuan untuk mengambil iktibar) kat KL... Ada yang elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance ini...

5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dengan lelaki maka mereka pun goda lah lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yang banyak dapat awek...

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak ada awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa...lebih2 lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling m'pengaruhi suasana...

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab meng'ayat' awek...lelaki ni biasa lah EGO..... ego tak kena tempat...

Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yang awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2... ye lah dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat', awek tu pun accept lah mat tu. Ada juga awek yang manja sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yang awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. Pada kaum Adam pula, jangan la perasan cepat sangat....

9) Ada kaitan dengan fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kasihan bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong itu, tolong ini... Bila lelaki yang dok tolong tu 'ayat' sikit saja dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut...yang lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yang jadi macam tu...

10) Fakta yang kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain....ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati...

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara. yang haram akan tetap haram, sebagaimana hadith Rasullullah...

Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(RA): Sabda Rasulullah(SAW) ;

"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata...dan di antara keduanya ada kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama dan kehormatan bagi dirnya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)

Semua nie ana ambil daripada ustaz ana untuk perkongsian bersama

PERKONGSIAN BERSAMA


Post kali nie hanyalah untuk perkongsian bersama
Maklumlah dah lama menyepi
Apabila di fkikan kembali,
Bukanlah senang memikul tanggumgjawab,
tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibubapa
tanggungjawab sebagai seorang abang terhadap adik-adik
dan juga tanggungjawab sebagai seoreng pelajar,
tambahan pula apabila masalah luar yang datang
dan menghantui diri ini,
tidak tenang hidup dibuatnya,
tapi walau aopapun aku sabar je untuk menghadapi semua itu,
dan semenjak akhir-akhir nie pula,
sering dilanda sakit kapala,
nie merupakan ujian yang amat berat untuk aku hadapi,
ini kerana aku sedang menduduki “final exam” bagi sem 2
nie jadual final exam bagi sem nie
dan pada masa yang sama juga,
hampir dua minggu sekali
aku ke hospital untuk menjaga akak aku kat wad,
ini kerana ianya menghadapi penyakitn buah pinggang,
kadang-kadang letih juga,
tapi walau apa pun sabar je lah dalam menghadapi
semua ini, Dia tahu bahawa aku mampu untuk hadapi semua ini
sebab itulah aku diuji sebegini….
Kalau nak diikutkan banyak lagi……
InsyaAllah jika diizinkanNya
Akan taip lagi bagi post yang akan datang….

MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Post kali nie nak kongsi sedikit tentang masa. Adakah kita semua sedar bahawa masa yang kita lalui hari-hari itu semakin singkat. Oleh itu untuk muhasabah kembali diri kita marilah sama-sama kita renigi hadith ini:

daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (H.R.Termizi )

sahabat yang disayangi

nie sume gambar sahabat waktu sekolah dulu