Ahad, 5 September 2010

Kalau Sayalah Jadi Pemimpin

 


 
Kalau sayalah jadi Tuan Menteri,
saya tak tahu mana nak lari,
sebab saya tahu Allah tanggungjawabkan saya dengan apa yang saya pimpin.
Dan apa harta rakyat yang saya diamanahkan.
Dan kebajikan rakyat yang perlu saya pertahankan.
Dan kezaliman serta penindasan yang perlu saya hapuskan.
Dan Islam yang benar dan sahih yang perlu saya tegakkan.
Tuan Menteri rasa Tuan mahu lari ke mana?


Kalau sayalah jadi Tuan ketua,
boleh beruban saya hari ke hari,
memikirkan sudah terbaikkah khidmat saya kepada rakyat.
Sudahkah rakyat terbela?
Sudahkah yang miskin diberi makan?
Yang muda diberi pendidikan,
yang kaya dibersihkan hatinya.
Yang tua diberi cinta,
dan yang kecil pula sentiasa dibina.


Kalau sayalah jadi Tuan Patinggi,
saya tak tahu jawatan dan harta saya mahu ke mana.
Sebab saya mati nanti, anak-anak dan waris yang takutnya berebutan.
Kerna saya tahu bukan itu patutnya saya wariskan.
Dan saya juga risau melihat di kiri kanan jalan mereka,
tak berumah, tak berdapur, tak belajar,
tak punya hidup seperti saya.
Adakah saya sudah buat apa yang patut saya buat?


Sebab itu saya bukan kamu Tuan Menteri, Tuan Ketua, Tuan Patinggi.
Saya tak mampu berbuat macam kamu.
Tuan-tuan semua memang hebat.
memang amanah, memang kuat, memang mantap.
Tuan-tuan sudah membela rakyat.
Tiada lagi rakyat  miskin tertindas.
Tiada lagi jerung-jerung dan buaya menyiksa mereka tak berdaya.
Tiada lagi tanah peribumi dijual dan digadai.
Tiada lagi anak-anak muda berseronok terbiar.
Islam, Tuan-tuan jadikan sebagai dasar.


Syurga untuk Tuan-tuan...

Syurga untuk Tuan-tuan...
Kalaulah syurga itu yang Tuan mahukan...



dipetik dari:
www.iluvislam.com
Oleh: tajulrijalannuar
Editor: Rasailul Ashwaq

selesai sudah

Alhamdulillah dipanjatkan kepadaNya kerana exam dah pun habis, last paper 3 sept 2010 (jumaat)
dan sekarang bermulalah cuti sem bagi semester nie.. InsyaAllah semester baru akan bermula pada 1010'10(ahad)