Jumaat, 16 Disember 2011

Cinta Islamik???


Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." 
(Al-Nur 24 :26)

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"
(Al-Furqan 25:74")

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

diambil dari:
(http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/3067-cinta-islamik.html)

Untuk penghayatan bersama....

Khamis, 15 Disember 2011

Halawatul Iman


Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita tiga sifat ini (yang tersebut dalam hadis di atas) agar 'kemanisan Iman' itu benar-benar dirasai.
Mengapa perlunya kemanisan Iman? Kerana dengan kemanisan Iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan Iman, kita sentiasa redha dan tawakal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan Iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.

Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya.
Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.

Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan Iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan Iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.

"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan"
[32:17]

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan Iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.



-Artikel Iluvislam.com (http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1618-kemanisan-iman.html)

Sabtu, 26 November 2011

salam maal Hijrah

pertama sekali marilah kita mungungkapkan setimggi rasa syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan hingga hari ini... dan kini kita telahpun melangkah ketahun baru Hijrah 1433 H dan 1432 H telahpun meninggalkan kita dengan seribu pengajaran...
salam maal Hijrah..

Rabu, 2 November 2011

Lawatan Motivasi Akademik 2011



Alhamdulillah kusyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi kerana masih lagi mengekalkan nikmat kesihatan  untuk menerusgkan kehidupan dalam melaksanakan da’wah dan juga masih lagi mengekalkan nikmat Iman dan Islam kepada hambanya yang kerdil da banyak melakukan dosa ini.


                Pada 27 Oktober 2011 (Khamis) Sek. Men. Ugama (Arab) Khairiah, Padang Pak Amat telah membuat lawatan motivasi akademik 2011 di beberapa tempat iaitu Yayasan Islam Kelantan (YIK), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kedai Bebas Cukai (JASA Duty Free) Rantau Panjang dan Masjid Beijing, Rantau Panjang. Program ini adalah bertemakan “Ilmu Dipelajari, Pengalaman Dicari, Hidup Berbudi” dan anjuran Unit Kecemerlangan SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat dan ianya melibatkan lebih kurang 29 orang pelajar dari Tingkatan  3 & 4 dan 5 orang pengiring termasuk aku, aku mengikuti lawatan ini kerana bagi menggantikan salah seorang yang tidak dapat menyertai Lawatan ini.



                Program ini adalah sebagai salah satu bentuk pengisian di dalam menyuntik Motivasi ke dalam diri para pelajar untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu disamping memberi pendedahan mengenai tempat-tempat penganjuran ilmu di negeri Kelantan khususnya, selain itu secara tak langsung dapat juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan guru-guru.



Berjaya


Resepi orang-orang yang berjaya memang unik. Ia bermula dengan rempah ratus yang halus dan kecil, dan beransur-ansur meningkat kepada perkara yang lebih besar dan lebih serius. Ramuan rempah ratus itu diadun dan disebatikan dalam diri mereka. Kemudian dihangatkan setiap ketika sehingga menjadi matang dan akhirnya masak, boleh dikecapi, dihidang dan dimakan. 
Antara rempah ratus orang-orang yang berjaya ialah :

                   1.   Menginsafi alam manusia
                   2.   Mengenali potensi diri
                   3.   Mengetahui dan mengguna teknik yang terbaik
                   4.   Mengerah tenaga dan menumpahkan keringat semaksima mungkin
                   5.   Mengagih masa dan bijak menggunakan masa yang sesuai
                   6.   Memeriahkan persekitaran dan menjadikannya kelas satu
                   7.   Membuang kumbang, anai-anai dan segala makhluk perusak
                   8.   Menyisihkan tabiat orang-orang kecil
                   9.   Bersedia menanggong risiko
                 10. Bersangka baik kepada Allah, diri sendiri dan orang lain serta sedia berkhidmat.

20 sen dan harga sebuah iman


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut. Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut. "Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur". Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.

Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam". Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Jumaat, 14 Oktober 2011

jalan2 makan "langsat"

hahahahaha......
bila digatkan kembali ase klakar pun ada,
bukan pe, maklumlah xpernah pusing k.l sorg2
bkan per
adalah satu hari tu konon2nye taulah jalan kat k.l nie
nak g la ke Pandan Indah, Ampang (Umah kakak) dari GreenWoodGombak (Umah abg)
bwak la moto dengan penuh yakinnye, menuju ke Ampang dan bila sampai di satu tempat nie x bape sure la name tempat, tak tau lagi arah mane yang patut dituju.

lpas tu call la akak tanye die, die kate kena U-turn balik, tanpa ambil masa panjang terus U-turn, lpas tu ase confuse la plak, tanye la sorg brother nie (bang mane jalan ke Pandan Indah?) brother tu jawab (kene U-turn balik la dik) lbih kurang gitu lah bunyinye. lpas pusing balik, ntah bandar mane la aku masuk, aku pun pning. lepas tanye sorng lagi pacik pusing punya pusing baru lah jumpe jalannye...
lega sgt2... hehhehehehehe...

lpas tu skali lg sesat tyme nak balik ke Gombak...
yang nie paling lame pusing...
4,5 kali jgak pusing ikut jalan yang sama.
last2 amik keputusan ikut jalan UIAM, tu pun tak tau jgk mai redah jer, tp pape pun Alhamdulillah sampai jgk kat umah. padahal tempat yang sesat tu dekat jer ngan umah, x sampai pun 5 min ngan moto...

biaselah 1st time kan mestim lah sesat dulu, tapi pape pun nielah yang dikatekan pengalaman....
hahahahahha

Selasa, 27 September 2011

Rintihan Hati

YA ALLAH,
Kau kuatkanlah hati hambaMu ini
dalam menempuhi segala cabaran
dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan

Ya Tuhan.
Kau ampunilah segala dosa & kesalah yang pernah aku lakukan 
kau bimbinglah aku ke jalanMU Ya Allah
Kaujauhkan aku dari siksaan azabMu
Kau ampunilah sahabat2 dan semua yang ada disekelilingku

Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
YA Allah
aku hanya hamba yang kerdil & tak mampu berbuat apa2 tanpa keizinanMu

Isnin, 12 September 2011


emmmm.... sdar tak sedar dah nak abeh sem nie (sem 5)....
rasenye masa berjalan begitu cepat... nie jadual final tok sem nie.....

13 sept 2011 : investment
19 sept 2011 : Marketing financial service (M.F.S)
26 sept 2011 : Credit Management
27 sept 2011 : Fiqh Muamalah
28 sept 2011 : Microeconomics

pape pun buat yang terbaik..........

salam Aidilfitri

"salam Aidilfitri buat semua sahabat & semua yang mengenali diri ini, maaf zahir dan batin"

Ahad, 14 Ogos 2011

Ramadhan fasa 2


     alhamdulillah syukur kerana masih diberi lagi diberi peluang untuk meneruskan ramadhan yang kini sudah pun memasuki fasa ke-2, seperti yang kita semua maklum adalah hari keduapuluh berpuasa, hari terakhir fasa pengampunan. Sebagaimana sebahagian maksud dari hadis baginda Nabi SAW. Diringkaskan, sepuluh pertama-fasa rahmat, sepuluh kedua-fasa pengampunan dan terakhir iaitu sepuluh ketiga atau fasa terpelihara dari azab api neraka.
       oleh itu, janganlah kita semua melepaskan peluang yang telahpun dijanjikan oleh  Allah s.w.t. kepada kita semua...
salam Ramadhan...