Ahad, 30 Januari 2011

kisah ayam

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam goreng seekor..

Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapisedang dia menikmatinya makanannya..
pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,

"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..  jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut.....

Kisah Beruk

Cerita ini mengisahkan 3 ekor beruk yang bersahabat baik. Yang seekor nama
dia Tia Ramon,
lagi dua ekor lagi nama dia Sharil Bobo dan Nasrin. Ke mana saja pasti
mereka bersama.
Buat apa-apa pun sentiasa bertiga. Andaikata tak cukup seekor pasti tak
ceria jadinya.
Maka jadilah cerita, apabila pada suatu hari datang pemburu haram menangkap
dua ekor daripadanya iaitu Sharil Bobo dan Nasrin. Tia Ramon berjaya
melarikan diri setelah ternampak 2 rakannya telah ditangkap. Maka
tinggallah dia keseekoran dan bersendirian.


Teman-teman haiwan yang lain berasa sedih melihat dengan apa yang terjadi
pada beruk berkenaan.
Makan tak lalu, tidur tak lena. Wajahnya sugul sekali. Maka bermesyuaratlah
sekalian haiwan untuk membincangkan masalah ini. Satu keputusan kemudian
berjaya diperolehi.


Lalu diwakilkan Sang Kancil yang bernama Shawal untuk melaksanakan
rancangan mereka.
Kancil mengajak beruk ke suatu tempat yang agak jauh sekali dari tempat
mereka. Malah suasana di sana jauh berbeza.


Lalu Sang Kancil pun menunjukkan tangannya ke arah satu objek. Si beruk ni
pun tersenyum dan bergembira.
Nak tahu kenapa? Sebab Sang Kancil membawa si beruk ke sebuah cermin
tinggal.
Lalu terpantul bayang beruk itu di cermin tersebut. Dan si beruk
menyangkakan itu rakannya.
Kemudian dia bertanya kepada Sang Kancil di mana lagi seekor? Sang Kancil
menjawab


"Beruk. Seekor lagi rakanmu sedang membaca cerita ni".


Kuikuikuiukuiukui ... Jangan mare nanti kena jual!

Kisah Pengemis

Pengemis:  Tuan!Kasihanilah saya,saya orang bisu
Tuan:        Apa?Macamana orang bisu bulih bercakap?
Pengemis:  Eh,salah!saya pekak tuan!
Tuan:        Mana bulih orang pekak mendengar
Pengemis: Eh,bukan!saya buta tuan!
Tuan:        (Sambil mengambil dompet mencari wang kecil)Tidak
                 ada duit la

   Pengemis Itu ada RM5, tuan!

Tuan:       Eh,macamana orang buta bulih melihat?
Pengemis:Alamak salah lagi. Sebenarnye saya orang gila
               tuan

Rabu, 26 Januari 2011

Aku sebagai hamba




Aku hanyalah insan biasa
yang sering melakukan kesalahan dan juga kesilapan
setiap saat, setiap detik, setiap waktu, setiap hari
sentisa melakukan kesilapan
tanpa disedari
terlalu banyak kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan
tidak kira sesame manusia mahupun dengan Sang Pencipta

Ya Allah
Kau ampunilah segala dosaku
Engkaulah tuhan yang Maha Pengampun
Engkaulah yang Maha kuasa
Engkaulah yang Maha Mengasihani
dan Engkaulah yang Maha Segala-galanya

Ya Allah
aku terlalu kerdil
jika dibandibngkan dengan Engkau
berilah aku peluang ya Tuhan
untuk memperbaiki diri ini
yang selalu leka dengan duniawi
tak kadang terlupa dengan segala seruhan
dan dalam menegakkan agama-Mu

Ya Allah
Kau ampunilah segala dosaku
Dosa kedua orang tua ku, ahli keluargaku,
 sahabat-sahabatku, orang yang berada di sekelilingku
dan seluruh umat Islam yang ada dimuka bumi ini

Amin Ya robbal ‘alamin…

4 Golongan Lelaki



Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Sabtu, 22 Januari 2011

sahabat


Pernahkan kita mempunyai seseorang yang kita sebut “sahabat” atau sudahkah istilah itu kita sandang (orang lain menyebut diri kita sebagai sahabatnya). Sahabat itu bisa saudara, orang tua kita, teman sekolah/kuliah, teman organisasi, dll. Tapi biasanya teman seaktifitas (sekolah/ kuliah, organisasi,dll).

Selasa, 18 Januari 2011

Anatomy of a True Friend



Eyes:
Will always see you for the way you really are,
your true self.

Ears:
Will always have them open to listen.


Mouth:
To always tell you the truth and give their 
opinions, tell you when you mess up or do 
something good.

Shoulders:
Will offer when you need one to cry on and wil
l be your strength when you find it hard to 
carry yourself. Will always let you lean on them.

Heart:
To love you for who you are and not judge.
Will always have a place there for you.

Hands:
To hold yours when you need a little guidance, 
to lend when you need help, and to help you
up when you may fall.

Arms:
Will always make you feel comfortable in them 
and to offer hugs when you need one. 
Will try to warm when you are cold.

Feet:
To walk with you throughout your life and be 
the best friend they can be.

Tips Muhasabah Diri


Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi diatas limpahan rahmat dan juga semua nikmat yang telah dikurnikan kepada kita sehinggalah masih lagi di beri peluang untuk meneruskan kehidupan, nikmat iman dan juga nikmat islam sehingga hari ini…

InsyaAllah POST kali nie nak kongsi sedikit mengenai Tips Muhasabah Diri

If Rasulullah visit you

Jika Nabi muhammad datang ke rumahmu
Untuk meluangkan waktu sehari dua hari bersamamu
Tanpa kabar apa-apa sebelumnya
Apakah yang akan kau lakukan untuknya?

Isnin, 10 Januari 2011

Muhasabah kembali




إِنَّ اللهَ لاَيُغَيِّرُ مَابِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ....
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum ,
sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”
(Ar-Ra’d :13:11)

Sabtu, 1 Januari 2011

azam baru


ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita mulakan tahun baru ini dengan penuh keazaman agar ianya lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas dan mendapat keredhaan Allah