Sabtu, 19 Februari 2011

Program ISLAMIC SMART LEADER CAMP 2011


alhamdulillah
kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kerana masi lagi memberi ruang untu berkongsi sedikit pengalaman pada post kali ini.
hari ini 18 Feb 2011, aku diberi kepercayaan untuk mengisi Slot Bengkel Kesetiausahaan bagi Program ISLAMIC SMART LEADER CAMP 2011, yang diadakan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Khairiah, Padang Pak Amat, Pasir Puteh..
Program ini adalah bertemakan Pemimpin Bijaksana Tonggak Kegemilangan Ummah
sasaran bagi program ini adalah Badan Pengawas Sekolah (BPS), Badan Maktabah Sekolah, Badan Dakwah dan juga Ketua dan Penolong Tingkatan.

program ini adalaj bertujuan melahirkan bakal-bakal pemimpin yang cemerlang pada masa yang akan datang, kebanyakan slot dalam program ini di 'handle' oleh ahli Ex-Students Of Khairiah Society (EX-SOK)



Sabtu, 12 Februari 2011

salam maulidur rasul


alhamdulillah,
syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi ruang untuk menulis post untuk kali ini...
sempena maulidur Rasul bagi tahun ini penulis ingin mengucapakan Salam Maulidur Rasul kepada semua, moga diberikan kekuatan untuk memperbanyakkan selawat kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W.
semoga segala usaha dan amal kita selama ini dikira ibadah oleh-Nya

Jumaat, 4 Februari 2011

TAUHID & IMAN


Sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa kita diciptakan oleh Allah dimuka bumi ini adalah bukan tanpa tujuan, sepermana yang telah dinyatakan didalam Kitab SuciNya yang bermaksud:

"dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

(Az-Zariyat: 56)

DOA


Ya Allah Ya Tuhan kami, Ampunkanlah dosa2 kami, maafkanlah segala kesilapan kami. Pandanglah kami Ya Allah, Terimalah taubat kami, kami mahu menjadi hamba yang baik Ya Allah Ya Allah, tetapkan segala kesalahan kami Ya Allah, Wahai tuhan kami, Engkau telah menciptkan diri kami dalam keadaan sempurna, Engkau telah memelihara kami semenjak hari lahir kami, Engkau telah limpahkan segala rezeki & segala nikmat di dalam kehidupan kami di dunia ini. Tapi Ya Allah, Setelah kami dewasa ini, Kami berlaku sombong terhadapMu. Ya Allah kami langgar larangan2Mu, Kami dedahkan aurat2 kami dengan keadaan gembira. mulut kami penuh dengan umpat & makian, maka kami selalu dalam maksiat zina mata, langkah2 kami sentiasa menuju kepada kejahatan, Maka ampunlah dosa2 orang yang berdosa ini Ya Allah, Ya Allah betapa besarnya kehinaan kami, Betapa rendahnya akhlak kami, maka kasihanilah hambamu ini Ya Allah..Amin Yarabbal Alamin..



Sesungguhnya, untuk beribadah dan melahirkan pujian terhadapNya merupakan tujuan hidup bukan sahaja makhluk yang berakal malahan makhluk yang tidak bernyawa juga.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun."

(Al-Israa’: 44)

Installing LOVE



Customer: Well, I'm not very technical, but I think I'm ready to install
It now.What do I do first?

Tech Support: The first step is to open your HEART. Have you located your
HEART, ma'am?

Customer: Yes, I have, but there are several other programs running right
now. Is it okay to install while they are running?

Tech Support: What programs are running, ma'am?

Customer: Let's see... I have PAST-HURT.EXE, LOW-ESTEEM.EXE, GRUDGE.EXE,
and RESENTMENT.COM running now.

Tech Support: No problem. LOVE will gradually erase PAST-HURT.EXE from your
rent  operating system. It may remain in your permanent memory, but it will
no   longer   disrupt   other  programs.  LOVE  will  eventually  overwrite
LOW-ESTEEM.EXE with a module of its own called HIGH-ESTEEM.EXE. However,you
have  to  completely turn off GRUDGE.EXE and RESENTMENT.COM. Those programs
prevent LOVE from being properly installed. Can you turn those off, ma'am?

Customer: I don't know how to turn them off. Can you tell me how?

Tech   Support:   My   pleasure.   Go   to   your  Start  menu  and  invoke
FORGIVENESS.EXE.  Do  this as many times as necessary until it's erased the
programs you don't want.

Customer:  Okay,  now  LOVE has started installing itself automatically. Is
that normal?

Tech Support: Yes. You should receive a message that says it will
Reinstall for the life of your HEART. Do you see that message?

Customer: Yes, I do. Is it completely installed?
Tech Support: Yes, but remember that you have only the base program. You
need to begin connecting to other HEARTs in order to get the upgrades.
Customer: Oops. I have an error message already. What should I do?

Tech Support: What does the message say?

Customer: It says "ERROR 412-PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENTS."
What does that mean?

Tech  Support:  Don't  worry, ma'am, that's a common problem. It means that
the  LOVE  program is set up to run on external HEARTs but has not yet been
run  on  your HEART. It is one of those complicated programming things, but
in non-technical terms it means you have to "LOVE" your own machine before
It can "LOVE" others.

Customer: So what should I do?
Tech Support: Can you pull down the directory called "SELF-ACCEPTANCE"?
Customer: Yes, I have it.
Tech  Support:  Excellent.  You're  getting good at this. Now, click on the
following   files   and   then   copy  them  to  the  "MYHEART"  directory:
FORGIVE-SELF.DOC,REALIZE-WORTH.TXT,  and  ACKNOWLEDGE-LIMITATIONS.DOC.  The

system  will  overwrite any conflicting files and begin patching any faulty
programming.Also,  you need to delete SELF-CRITIC.EXE from all directories,
and  then  empty  your recycle bin afterwards to make sure it is completely
gone and never comes back.


Customer: Got it. Hey! My HEART is filling up with new files. SMILE.MPG
Is  playing  on  my  monitor  right  now  and  it shows that PEACE.EXE, and
CONTENTMENT.COM are copying themselves all over my HEART. Is this normal?
Tech  Support:  Sometimes.  For  others  it  takes  a while, but eventually
everything  gets  downloaded  at the proper time. So, LOVE is installed and
running. You should be able to handle it from here. Ah, one more thing.

Customer: Yes?

Tech  Support: LOVE is freeware. Be sure to give it and its various modules
to  everybody  you  meet.  They will in turn share it with other people and
they will return some similarly cool modules back to you.

Customer: I will! Thanks for your help!
Remember,                 LOVE                 is                 Freeware!

final exam.... oh final exam....


alhamdulillah
kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi kerana hingga ke hari ini masih lagi memberi peluang untuk diri ini meneruskan kehidupan, dan mengecapi segala nikmat yang telah dikurniakan kepada semua hambaNya...

eeeemmmmm.......
tiggal beberapa hari lagi nak final exam bagi semester nie... rasenye begitu cepat masa berlalu... sedar tak sedar dah nak habis sem...

oleh itu,
ayuh sahabat-sahabat sekalian
persiapkan diri untuk ke medan jihad
moga-moga syahid fi sabilillah......

Hikmat Berdiam Diri


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud :Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.