Selasa, 29 Mac 2011

Program perkampungan orang asli


Assalamualaikum…..

Lama betul menyepi, kali nak share sikit pengalaman bersama masyarakt orang asli di Kg Sri Permai, Post  Pasik, Gua Musang, Kelantan yang diadakan pada 15-18 Mac 2011 anjuran Islamic Outreach ABIM, Kelantan (Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA)) dengan kerjasama SMU(A)Khairiah Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Progran ini bertemakan  “Jalinan Ukhuwwah Persis Mahabbah” .



Program ini kedua kalinya diadaka di Post Tersebut, program kali ini begitu mencabar jika dibandingkan dengan siri pertama Jun tahun lalu. Ini adalah kerana bukan sahaja orang Islam yang terlibat dalam mengambil anak angkat ini tetapi kaum Kristian dan Sewang (agama asal) turut terlibat sama. Pelbagai rintangan yang terpaksa kami tempuhi untuk sampaia di perkampungan tersebut, perjalanan mengambil masa hamper 9 jam untuk sampai ke perkampungan tersebut. Tapi pape pun program kali nie memang best. Diharap akan diakan lagi pada masa yang akan datang dan mengharapkan mendapatkan penyertaan yang lebih lagi daripada pelajar SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat dan juga bekas pelajar jika dibandingkan dengan kali ini seramai 47 orang dari pelajar dan bekas pelajar SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat, 4 orang sukarelawati dari ABIM dan hamper 10 orang staff ABIM.