Rabu, 22 Jun 2011

Masyarakat Kini

Al-Quran dibuang di pusat kitar semula


BATU PAHAT - Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya.

Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini.
Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu.

“Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu.

“Kami kemudian memaklumkannya kepada pengurusan pusat berkenaan dan mereka memberi kerjasama serta membenarkan kami mengambil semua naskhah al-Quran, buku dan kitab lama yang terdapat di situ,” katanya ketika ditemui di pusat kitar semula berkenaan, petang kelmarin.

Mustaffa berkata, antara yang ditemui adalah kitab lama seperti Minhaj Abidin karangan Imam Ghazali yang sering dijadikan bahan mengajar atau rujukan utama beberapa guru sekolah pondok. Sebahagian besarnya dikarang penulis serta diterbitkan di Indonesia dan dipercayai tidak lagi laku untuk dijual.

Semua al-Quran dan kitab itu dibawa ke pejabat agama daerah ini.

Beliau menyifatkan mereka yang membuang al-Quran dan kitab seperti itu tidak tahu cara untuk melupuskannya.

diambil daripada:
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9216129.asp
22 Jun 2011 (Rabu)

Khamis, 16 Jun 2011


Aku sebagai hamba


Aku hanyalah insan biasa
yang sering melakukan kesalahan dan juga kesilapan
setiap saat, setiap detik, setiap waktu, setiap hari
sentisa melakukan kesilapan
tanpa disedari
terlalu banyak kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan
tidak kira sesame manusia mahupun dengan Sang Pencipta

Ya Allah
Kau ampunilah segala dosaku
Engkaulah tuhan yang Maha Pengampun
Engkaulah yang Maha kuasa
Engkaulah yang Maha Mengasihani
dan Engkaulah yang Maha Segala-galanya

Ya Allah
aku terlalu kerdil
jika dibandibngkan dengan Engkau
berilah aku peluang ya Tuhan
untuk memperbaiki diri ini
yang selalu leka dengan duniawi
tak kadang terlupa dengan segala seruhan
dan dalam menegakkan agama-Mu

Ya Allah
Kau ampunilah segala dosaku
Dosa kedua orang tua ku, ahli keluargaku,
 sahabat-sahabatku, orang yang berada di sekelilingku
dan seluruh umat Islam yang ada dimuka bumi ini

Amin Ya robbal ‘alamin…

Rabu, 15 Jun 2011

tak baik lagi............

termasuk hari nie dah 3 hari demam
nie sume dugaan bagi aku
dah la bayk assignment
lpas tu dah jji nagn adik2 kat skolah Khairiah 
nak buat kelas komputer sabtu nie... adoi lah...
tp pape pun akan cuba jgak...

Ya Allah Berikanlah Aku Kekuatan Dalam Mengharungi Dugaan Ini
Berilah Petunjuk Ke Jalan yang sebenar2nya
Amin....

anak buah baru

alhamdulillah...

kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kerana
semalam 14 Jun 2011(selasa),
aku dapat sorang lagi anak buah perempuan..
dan sekarang aku baru mempunyai 3 orang anak buah 2 perempuan dan 1 lelaki..

Selasa, 14 Jun 2011

Demam


eeemmmm....
nie semua ujian...
yelah, dah la banyak assignment
lpas tu damam plak
smalam klas pun x datang
MC la, x larat sagt
tido je keja.....

demam + batuk + sakit tekak

ape pun  sabo jelah
moga2 cepat sembuh...