Sabtu, 26 November 2011

salam maal Hijrah

pertama sekali marilah kita mungungkapkan setimggi rasa syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan hingga hari ini... dan kini kita telahpun melangkah ketahun baru Hijrah 1433 H dan 1432 H telahpun meninggalkan kita dengan seribu pengajaran...
salam maal Hijrah..

Rabu, 2 November 2011

Lawatan Motivasi Akademik 2011



Alhamdulillah kusyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi kerana masih lagi mengekalkan nikmat kesihatan  untuk menerusgkan kehidupan dalam melaksanakan da’wah dan juga masih lagi mengekalkan nikmat Iman dan Islam kepada hambanya yang kerdil da banyak melakukan dosa ini.


                Pada 27 Oktober 2011 (Khamis) Sek. Men. Ugama (Arab) Khairiah, Padang Pak Amat telah membuat lawatan motivasi akademik 2011 di beberapa tempat iaitu Yayasan Islam Kelantan (YIK), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kedai Bebas Cukai (JASA Duty Free) Rantau Panjang dan Masjid Beijing, Rantau Panjang. Program ini adalah bertemakan “Ilmu Dipelajari, Pengalaman Dicari, Hidup Berbudi” dan anjuran Unit Kecemerlangan SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat dan ianya melibatkan lebih kurang 29 orang pelajar dari Tingkatan  3 & 4 dan 5 orang pengiring termasuk aku, aku mengikuti lawatan ini kerana bagi menggantikan salah seorang yang tidak dapat menyertai Lawatan ini.



                Program ini adalah sebagai salah satu bentuk pengisian di dalam menyuntik Motivasi ke dalam diri para pelajar untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu disamping memberi pendedahan mengenai tempat-tempat penganjuran ilmu di negeri Kelantan khususnya, selain itu secara tak langsung dapat juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan guru-guru.



Berjaya


Resepi orang-orang yang berjaya memang unik. Ia bermula dengan rempah ratus yang halus dan kecil, dan beransur-ansur meningkat kepada perkara yang lebih besar dan lebih serius. Ramuan rempah ratus itu diadun dan disebatikan dalam diri mereka. Kemudian dihangatkan setiap ketika sehingga menjadi matang dan akhirnya masak, boleh dikecapi, dihidang dan dimakan. 
Antara rempah ratus orang-orang yang berjaya ialah :

                   1.   Menginsafi alam manusia
                   2.   Mengenali potensi diri
                   3.   Mengetahui dan mengguna teknik yang terbaik
                   4.   Mengerah tenaga dan menumpahkan keringat semaksima mungkin
                   5.   Mengagih masa dan bijak menggunakan masa yang sesuai
                   6.   Memeriahkan persekitaran dan menjadikannya kelas satu
                   7.   Membuang kumbang, anai-anai dan segala makhluk perusak
                   8.   Menyisihkan tabiat orang-orang kecil
                   9.   Bersedia menanggong risiko
                 10. Bersangka baik kepada Allah, diri sendiri dan orang lain serta sedia berkhidmat.

20 sen dan harga sebuah iman


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut. Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut. "Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur". Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.

Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam". Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!