Ahad, 29 Januari 2012

Bacalah al-Quran!!!


Al-Quran adalah merupakan kitab yang paling agung yang mana ianya diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. melalui jibrail a.s untuk disebarkan kepada umat islam di seluruh alam ini. Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:

                     i.            Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
                   ii.            Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: Menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
                  iii.            Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
                 iv.             Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
                   v.            Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
                 vi.            Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.
                vii.            Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.
              viii.            Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
                 ix.            Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin.
                   x.            Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
                 xi.            Jika membaca di dalam rumah, akan member cahaya kepada rumah itu.
                xii.            Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
              xiii.            Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.
              xiv.            Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mangajar dan menghayati al-Quran.
               xv.            Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.
              xvi.            Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
            xvii.            Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.
           xviii.            Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.


Masya Allah banyak sungguh kelebihan membaca al-Quran, rugilah bagi mereka yang tidak baca al-Quran. Oleh itu bermula hari ini marilah sama-sama kita berusaha untuk membaca al-Quran dan meningkatkan pembacaannya dari hari ke hari, moga-moga apa yang kita kerjakan mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha yang kita kerjakan. Seterusnya masa yang diutamakan untuk membaca al-Quran adalah pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama, antara Maghrib dan Isyak dan selepas solat Subuh.

Rabu, 11 Januari 2012

Hati


Hati adalah tempat bersemayam segala perasaan; suka, duka, cinta, benci, marah, buruk sangka, ingin dipuji dan sebagainya. perasaan-perasaan ini bergolak dan berubah sangat cepat dalam hati. jika hati dikuasai oleh perasaan positif, amal yang lahir adalah kebaikan. Namun, jika ia dikuasai oleh perasaan negatif, amal yang lahir adalah keburukan. kerana itu, Rasulullah bersabda:
sesungguhnya di dalam diri manusia ada sebuah jasad. Jika ia baik, akan baik seluruh amal manusia. jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya. ketahuilah, ia adalah hati.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Selasa, 3 Januari 2012

Tahun Baru

Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang olehNya untuk meneruskan lagi kehidupan bagi tahun baru Masihi ini...

SALAM TAHUN BARU
2012