Selasa, 20 Mac 2012

Sayonara KTD



Assalamualaikum, ape khabar semua, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat laman blog yang tak seberapa nie…
Kali nie nak citer skit mengenai SAYONARA KTD… tapi sedih la nak citer sal nie… maklumlah nak berpisahkan…. Mungkin semua tau pe maksud “sayonara”? kan? Ianya adalah asal dari bahasa Korea tak silap yang membawa maksud perpisahan… maaflah lau silap, maklumlah bukan pandai sgt bahasa Korea nie, citer korea pun tak layan sgt…
Kami pelajar semester 6 Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) program kerjasama dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengadakan majlis ini adalah bertujuan untuk mengingati semua jasa2 lecturer yang terlalu banyak member tunjuk ajar kepada kami yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam melanyani kerenah kami semenjak daripada semester 1 hingglah sekarang…

Terima Kasih LECTURER…


Majlis ini bertemakan ”Mahabbah Dalam Taman Syurga”
Disini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat kerana sepanjang persahabatan ini banyak member tunjuk ajar dan mengajar erti persahabatan yang sebenar, ye memang kawan ketawa begitu mudah untuk dicari, tetapi amatlah sukar untuk kita mencari kawan ketika kita menagis..

Terima Kasih SAHABAT…


Diharap dengan perpisahan ini bukan bermakna kita akan berpisah untuk selamanya, moga nanti kita berjumpa diSYURGA….

YaAllah,
Rahmatilah perpisahan ini,
Kami bertemu dan berpisah kerana-MU ya Allah

SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

Jumaat, 2 Mac 2012

Suka vs Cinta


suka dan cinta memberi dua pengertian yang berbeza. kadangkala kita
menafsirkan apabila kita suka kepada seseorang kita anggapkan sebagai cinta
tetapi apabila kita fikir, renung dan kaji sebenarnya perasaan yg kita fikirkan
cinta itu hanyalah suka. Untuk itu, dalam ruangan ini akan menjelaskan contoh2 perbezaan
di antara org yg kita "SUKA" dan org yg kita "CINTA".

1. Didepan org yg kamu "cinta", jantungmu akan berdebar2 dengan cepat.
Didepan org yg kamu "suka", kamu akan selalu bahagia.

2. Ketika org yg kamu cintai sedang menangis, kamu akan ikut menangis bersamanya.
tetapi jika org yg kamu sukai menangis, kamu akan mengakhirinya dengan kelegaan.

3. Jika kamu melihat ke dalam mata org yg kamu "cinta", maka kamu akan bertemu.
Tetapi jika kamu melihat ke dlm mata org yg kamu "suka", maka kamu akan tersenyum.

4. Di depan org yg kamu "cinta", kamu tidak akan dapat mengungkapkan apa yg ada di benakmu.
Tetapi didepan org yg kamu "suka", kamu dapat mengungkapkannya.

5. Didepan org yg kamu "cinta", kamu cenderung malu.
tetapi didepan org yg kamu "suka", kamu bisa menunjukkan diri kamu yg sebenarnya.

6. Kamu tidak akan dapat menatap lansung ke mata org yg kamu "cinta".
Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika menatap mata org yg kamu "suka".

7. Perasaan dari "cinta" dimulai dari tatapan mata.
Dan perasaan "suka" dimulai dari pendengaran telinga.

Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorg, yg harus kamu lakukan adalah menutup telingamu. Tetapi jika kamu mencuba utk menutup matamu, cinta akan berbalik menjadi titisan air mata dan akan selalu berbekas di hatimu selamanya....



Erti Persahabatan


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa  kecewa....tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.





Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana  dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......