Rabu, 10 Disember 2014

Jom Semak Penayata PTPTN


Assalamu'laikum dan salam sejahtera buat anda semua,
hari nieaku nak share link untuk korang semua semak balik penyata PTPTN korang, bagi yang mana buat peminjaman PTPTN la... lau tak pinjam tak payah sibuk nak semak juga... hahahaha.... caranya senang je klik sini!! dan kemudian follow je arahan dia....

Khamis, 4 Disember 2014

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Isnin, 1 Disember 2014

BR1M 2015


Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca semua...
kali nie nak share sikit mengenai BR1M 2015.. sekarang nie mesti semua sedang sibuk untuk isi dan kemaskini permohonan BR1M 2015, diharap dapat sebarkan mengenai perkara nie kepada semua kenalan, saudara mara dan sahabat handai, permohonan dibuka dari 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2015...

nie link untuk panduan kemaskini BR1M 2015 :
http://bantuanrakyat1malaysia.com/2014/12/01/panduan-kemaskini-br1m-2015-online/

link untuk kemaskini permohanan :
https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k

link untuk permohonan baru :
https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

link untuk semakan status :
https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s

kalau dia keluar "The service is unavailable" tekan Refresh banyak kali... biasa la kan semua orang masuk, jd line jem la sikit... hehehehe...

Sebelum mengisi borang permohonan BR1M 2015, pemohon perlu membaca syarat kelayakan dahulu. Syarat kelayakan untuk BR1M 4.0 2015 adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
  • Isi rumah berpendapatan RM3,000-RM4,000
  • Individu bujang 21 tahun ke atas yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kadar Bayaran BR1M 2015

Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000: RM950
  • Dibayar secara ansuran iaitu pada bulan Januari(RM300), Mei(RM300) dan September(RM350)
Pendapatan isi rumah RM3,000-RM4,000: RM750
  • Dibayar secara ansuran iaitu pada bulan Januari(RM200), Mei(RM200) dan September(RM350)
Individu bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
  • Bayaran akan dibuat sekaligus RM350 pada Januari 2015
Bonus Skim Khairat Kematian
  • Diberikan kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015
  • Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual(borang).
  • Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/isteri/ibu/bapa/anak sahaja.


Sabtu, 8 November 2014

Hukum Potongan Zakat Pendapatan Pada Setiap Bulan Melalui Slip Gaji


ISU:

Saya ingin mengetahui hukum potongan zakat pendapatan pada setiap bulan melalui slip gaji. Apakah ini dinamakan zakat kerana belum cukup haul iaitu 1tahun tamam yang mana kita tahu terjadinya wajib zakat itu bila cukup haul dan nisab. Mohon pencerahan.


PENJELASAN:

Zakat pendapatan merupakan salah satu jenis zakat yang dikemukakan oleh ijtihad ulama semasa. Antara ulama yang mencetuskan ijtihad zakat pendapatan ialah Syeikh 'Abdul Rahman Hasan, Muhammad Abu Zahrah, dan 'Abdul Wahhab Khallaf (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, jil. 1, hlm. 489).

Gaji bulanan diistilahkan dalam fiqh zakat sebagai 'mal mustafad' iaitu harta yang baru diperolehi oleh seseorang Muslim melalui apa-apa cara atau kaedah perolehan. Menurut sebahagian ulama seperti 'Abdullah bin 'Abbas, 'Abdullah bin Mas'ud, Mu'awiyah, 'Umar bin 'Abdul 'Aziz, Hasan al-Basri, al-Zuhri, dan al-Awza'i; 'mal mustafad' wajib dikeluarkan zakat jika cukup nisab tanpa disyaratkan cukup haul. Ini disebabkan, hadis yang mensyaratkan cukup haul bagi zakat 'mal mustafad' semuanya berstatus da'if (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, jil. 1, hlm. 490).

Gaji tetap yang diterima, yang jika dikira jumlahnya selama satu tahun, ia melebihi had nisab, maka zakat gaji itu boleh dibayar melalui potongan gaji bulanan.

Oleh itu, amalan potongan zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan adalah tidak bercanggah dengan hukum Syarak. Ia diterima sebagai salah satu kaedah membayar zakat pendapatan.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 May 2003 juga telah membincangkan Hukum Zakat Gaji Beserta Kadarnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat gaji dan pendapatan adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan kadar zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.


Wallahu A'lam.

Sumber:
http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-potongan-zakat-pendapatan-pada-setiap-bulan-melalui-slip-gaji

Selasa, 28 Oktober 2014

Tempat Kerjaku


Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua...
kali nie nak share skit tempat kerja aku... nie lah permandangan depan pejabat aku, sekarang aku kerja di Pusat Zakat KUIS di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai Penolong Pegawai Zakat... Alhamdulillah baru je dapat kerja sini dalam 5 bulan yang lepas, tp yang rasa beruntungnya sebab aku n the geng yang set up zakat nie, sebab Pusat Zakat KUIS nie baru je ditubuhkan dengan mendapat kelulusan oleh Lembaga Zakat Selngor...

KUIS adalah antara IPT yang ke 8 daripada 9 yang dilantik sebagai penolong Amil di selangor nie antara IPT yang dilantik ialah UiTM, UIA, UKM, UPM, MMU, UNITEN, UNITAR dan yang terbaru adalah UNISEL.

So, lepas nie klau nak bayar zakat dekat kami pun boleh, antara zakat yang kami terima adalah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Harta, Zakat emas, Zakat KWSP, Zakat Saham, Zakat Perak dan Zakat Qadha. yang paling penting adalah 50% daripada hasil kutipan akan diagihkan kepada golongan asnaf di IPT tersebut.

pandangan dari luar


berjiran dengan Pejabat Keselamatan

nie pejabat utk kutipan je, yang untuk agihan bertempat di perkarangan Masjid Al-Azhar KUIS, tak sempat nak ambil gambar...
nie lah meja aku, kadang-kadang boring juga.. mahu tak nya dok sorang-sorang



pemandangan sekeliling




Isnin, 27 Oktober 2014

Jalan2 with Family 2

jalan2 ke i-City bersama family

wah bukan main lagi bergambar dorg

nie gambar ayah, ma, kak, abg, kak ipar & anak buah
kak ipar aku yg sulong


ma aku n cucu die... hehehe


Jumaat, 24 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436 H


Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga dipanjatkan kepada Sang Pencipta Tuhan yang mencipta sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat...

Alhamdulillah kearana masih lagi diberi peluang untuk berkongsi hari ini, untuk meneruskan lagi kehidupan hingga hari ini. sedar tak sedar hari ini kita telah pun masuk tahun baru hijrah iaitu 1436 H ini adalah bermakna akan bertambah lagi setahun umur kita dan tanpa kita sedari bahawa kita juga sedang menghampiri kematian.

untuk itu pada tahun baru ini marilah sama-sama kita menanamkan satu tekad bahawa kita akan memperbaiki diri kita supaya ianya akan bertambah baik dari tahun-tahun yang sudah. moga-moga kita terus istiqomah dalam melakukan kebaikan dan berusaha sekeras-kerasnya untuk meninggalkan keburukan..

Jalan2 with Family


Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga pipanjat kepada Allah s.w.t. tuhan semesta alam yang berkuasa keatas kita kerana masih lagi memberi peluang untuk meneruskan lagi kehidupan sehingga hari ini dan syukur juga kerana memberi peluang untuk aku bawa kedua ma dan ayah untuk pusing-pusing nilai 3, putrajaya dan juga Taman Tasik Titiwangsa sempena cuti Deepavali 2014...
aku dan anak buah tersayang

sempena cuti Deepavali tahun nie ma, ayah adik, kakak ipar & 3 org anak buah datang ke Kuala Lumpur katanya nak kenal rumah aku, maklumlah baru pindah... kali nie dorang datang dengan keretapi sebab qadha yang tahun lepas datang K.L nak balik ke Kelantan dengan keretapi tak kesampaian kerana kehabisan tiket... So, peluang nie aku ambil untuk bawa mereka pusing2, destinasi pertama yang aku bawa adalah Nilai 3 biasa la kan pusing2 tgk karpet, tengok2 pun 2 bidang juga yang ma aku beli.. hehehehe... biasa lah kan jarang2 datang...

lepas tu bawa dorg ke kedai yang jual pinggan mangkuk lelong dengan harga RM8/kg... aku pun pelik juga mula2, biar betul ada juga pinggan jual ikut kg... tp itulah hakikatnya...



Setelah semua selesai dan hari pun dan makin gelap kami ambil ketusan utk pulang oleh kerana penat dalam keretapi pun tak hilang lagi, tp sebelum pulang sempat lagi singgah di Tesco Semenyih utk beli bahan bagi memasak untuk makan malam.....

dekat tesco tak sempat nak snap gambar byk pun... nie gambar anak buah aku atas troli sementara tggu yang lain pergi solat maghrib dekat surau....

Setelah balik masak n makan semua tido awal disebabkan kepenatan.... keesokan harinya aku bawa dorang sume pusing2 putrajaya plak, bukan main seronok tgk anak buah aku terkejar sana terkejar sini... biasa lah budak2...
kakak ipar n anak2

ayah aku n anak bongsunya

 sempat lagi ber selfie... hehehe...                                       ma dan ayah                

anak buah (Aisya)

selepas Masjid Putra aku mengajak ma n ayah semua pergi ke Masjid Besi uttk solat zohor dekat sana.. dekat Majid Besi tak sempat nak bergambar pun...

setelah selesai solat zohor n makan kami pergi plak ke Taman Tasik Titiwangsa utk ambil angin tasik sebelum pergi ke rumah kakak aku dekat Pandan Indah, Ampang..


perjalanan hari ini berakhir disini dan menanti utk keesokkan harinya, kami bercadang utk pergi ke ICT pada malam esk.. So kalau ade gambar nnt aku masukkan kemudian...

setakat nie je kot dulu perkongsian utk kali nie, nanti kalau ada pape yang menarik lagi aku akan share lagi... Terima Kasih kerana sudi membaca entry yang tak seberapa ini... hingga jumpa lagi.....


Selasa, 21 Oktober 2014

Tahniah Sahabat



Tahniah 
buat sahabatku Hj Nik Ahmad Farhan Bin Hj Nik Muhamad
Kerana bergelar juara di pentas Da'i pendakwah milenia 2014 yang disiarkan siarang langsung di TV3 baru-baru ini...

Semoga dengan kejayaan ini akan memudahkan urusan bagi meperluaskan lagi dalam bidang dakwah kepada masyarakat melalui media2 yang ada.. kami doakan agar terus istiqomah dalam jalan dakwah dan sabar dalam menempuhi cabaran dalam dunia dakwah...


Barang Dapur

Assalamu'alaikum buat pembaca yang budiman... diharapnya sentiasa dalam keadaan sihat dan di bawah lindunganNYA.. Amin...

kali nie aku nak share sedikit detik-detik yang terindah, aku yakin setiap orang mesti ada detik atau saat-saat yang terindah dalam klehidupan dia, tak kira lah dengan pasangan hidup, dengan keluarga, dengan sahabat dan lain-lain lagi...

aku nak kongsi pengalaman pergi beli barang dapur dengan kekasih hati tersayang (isteri), maklumlah orang baru kawin, rumah pun tak la lengkap sangat, perabut tak ade, peti sejuk tak ade, periuk nasi pun tak ada... macam mane nak masak nasi kan jika periuk nasi pun tak ada, tak kan la nak makan dekat luar selalu, botak juga dibuatnya... hahahaha....

kami nie boleh dikatakan kawin PJJ maklumlah kekasih hati masih lagi belajar. tempat belajar tak payah bagitau la kot... hehehehe.... so cuti mid sem nie kekasih hati ambil keputusan utk balik sini, pening juga di buatnye.. yelah kelengkapan rumah pun tak cukup lg... tu yang kami ambil keputusan untuk beli kelengkapan yang penting je dulu...


sebelum pergi beli keperluan dapur tu, nak tak nak terpaksa lah die follow aku tempat aku kerja, tak kan lah nak tinggal dekat rumah sorang2 plak... dah la baru sampai, nak buat ape dekat umah.. lpas abis waktu kerja kami pergi ke Nilai 3 dulu untuk beli pinggan, mangkuk dan lain2, yang ni kami beli yang murah je dulu yang dorg jual RM8 / sekilogram, untuk sementara jekan...

Setelah selesai di Nilai 3 kami pergi Mydin Pekan Semenyih, dah la dalam keadaan hujan lebat jem lg dekat maghrib plak tu, pening jugak dibuatnye, yelah fikir nak solat lagi nak cari mydin lg dalam keadaan macam tu... setelah pening pusing jumpa juga mydin dan dekat situ kami beli periuk nasi dan lain2 keperluan..

tu la best juga ek sekali sekala dapat keluar beli barang macam tu... tu jelah kot dulu nak share utk kali nie... nnt kalau ade masa aku share pasal benda lain plak...

Rabu, 15 Oktober 2014

Rintihan Suami Yang Tak Terucap (Oleh Dr Fadzilah Mohd Kamsah)



Sikap lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan
1. Tidak kisah dan pendiam
- Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah
- Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan

2. Tidak boleh dipercayai
- Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami
- Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap suami
- Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami

3. Lelaki ego
- Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki
- Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas
- Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki

4. Lelaki miang
- Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki

5. Lelaki lemah
- Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza
- Pada hakikatnya manusia memang lemah



Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri
1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat.

2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.

3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.

4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”

5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri.

6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.

7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.

8. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap :
- Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki.
- Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai).
- Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati dan tak terucap.
- Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami.

9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami.

10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian barulah tegur kesilapan suami.

11. Rintihan suami tentang sex :
- Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri.
- Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension dan sakit.
- Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat.

12. Suami memang marah-marah tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya. Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri.

13. Jika suami merajuk, biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??”

14. Suami tak pandai mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang senang dan sesuai seperti masa minum petang.

15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms. Pesanan untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari.

16. Suara suami keras tapi bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami boleh control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya…

17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf :
o Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya.
o Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana quota vocabulary suami tak banyak.

18. Suami tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati.

19. Suami tak larat nak jawab soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”, “Makan dengan siapa?”.

20. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.

21. Suami tak sanggup dengar desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas dan bingung dengan desakan isteri.

22. Suami tak tegur kesilapan isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan tegur dan suka tengok isteri mereka.

23. Suami diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati.

24. Suami tak jawab soalan isteri sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana quota vocabulary suami tak banyak.

25. Suami kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri.

26. Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah.

27. Isteri jangan pesan berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk.

28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami.

29. Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.

30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan cemburu atau salah faham.

31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup.

32. Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina.

33. Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar.

Sekian, semoga perkara-perkata diatas dapat memberi sedikit bimbingan buat insan yang bergelar isteri dan yang bakal bergelar isteri.


C&P: http://draudhah.wordpress.com/tazkirah/rintihan-suami-yang-tak-terucap-oleh-dr-fadhilah-mohd-kamsah/

Dengan siapa yang wajib kita berhijab??


Assalamua'laikum buat semua...
kali nie nak share skit mengenai berhijab...
kekadang kita sendiri pening dengan siapa sebenarnya kita wajib berhijab...
jom sama2 kita tengok draf diatas... yang nie ambil dekat internet je... hehehe...

Cinta Mahabbah

Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda 

Tiada gambar seindah lukisan nak ku tunjukkan perasaan


anda kategori yang mana???


Doa Memohon Cinta ALLAH


Isnin, 13 Oktober 2014

sabar



biar gambar berbicara....

Rindu Seorang Zaujah


Ombak Rindu


Ombak Rindu Melanda Jiwa

Terima Kasih Sayang


Terima Kasih Sayang
kerana sudi jadi permaisuri dan teman hidup abang
kerana  terima abang seadanya
kerana sudi melengkapi kekurangan diri abang
moga ikatan yang kita bina akan terus kekal hingga syurga


Aku Terima Nikahnya


Alhamdulillah pada tanggal 05 oktober 2014 bersamaan 11 Zulhijjah 1435H  diri ini sah bergelar suami kepada Nur Farah Hanim Bt Dahari, Majlis akad nikah diadakan di Masjid Mukim Bukit Gedombak, Pasir Puteh, Kelantan..


Selasa, 23 September 2014

itulah hakikat kehidupan


Sehari dua nie asyik bermain di benak fikiran, betol ke yang aku nie nak kahwin, macam tak percaya pulak. tak awal sangat ker??? Tapi itulah hakikat yang terpaksa aku tempuhi...

Masa pun terus berjalan tanpa henti, menuju terus kehadapan, masa yang tinggal kurang 2 minggu je lagi, sekarang perlulah aku mempersiapkan mempersiapkan diri untuk menuju ke alam perkahwinan.

Dekat luar sana pelbagai ungkapan yang aku dengar... la dah nak kawen?? muda lagi.. ada juga yang cakap, tak pe kawin muda la bagus.. biasa lah manusia kan, macam-macam tanggapan ada, boleh dikatakan buat baik salah, buat jahat pun salah... pape pun aku tetap dengan pendiri yang paling penting kedua orang tua (ma dan ayah) merestui, itulah yang paling penting....

Isnin, 22 September 2014

Menghitung Hari


kini bebaki lebih kurang 13 hari je lagi untuk aku melangkah ke alam perkahwinan dan sekali gus menamatkan zaman bujangku, yang mana majlis akad nikah akan diadakan pada 05 Okt 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435 H pada malam Ahad dan kendurinya akan diadakan kemudian..

InsyaAllah segalanya sudah bersedia, cuma kadang-kadang rase nervous juga la... yelah fikir tanggungjawab & masa depan.. dari segi tanggungjawab makin bertambah, tanggungjawab pada keluarga kita, mak ayah kita, dan mertua..

Terima kasih yang tak terhingga buat ma & ayah tercinta, bayak berkorban love u so much, jasa kalian berdua tak terbalas walaupun dengan segunung emas sekalipun.

Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang.



Selasa, 20 Mei 2014

#Doa#



Ya Allah Permudahkanllah segala urusan hambaMU ini dalam meneruskan kehidupan harian, tetapkan lah imanku, ampunilah segala dosa2 ku, dosa kedua orang tuaku, kasihilah mereka seperti mereka mengasihiku sewaktu aku kecil, ampunilah dosa adik beradik ku, sahabat2ku dan seluruhnya ummat islam yang ada...

 amin...