Selasa, 25 Mac 2014

TAKZIAH Keluarga MH370



Salam Takziah buat keluarga penumpang dan anak kapal Pesawat MH370 atas apa yang berlaku, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa tragedi tersebut.......

dikesempatan ini juga saya ingin berpesan kepada semua dan diri saya sendiri agar jagan menganggap ianya ujian utk keluarga mangsa sahaja tetapi sebenarnya utk semua manusia khusunya rakyat malaysia, jom sama-sama kita muhasabah kembali diri kita dan jadikan semua ini sebagai pengajaran agar ianya tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang....

Ahad, 16 Mac 2014

oh Malaysiaku...


Assalamu'lakum dan salam sejahtera,

erm, sebelum lelapkan mata untuk mlm nie admin rasa macam nak share satu perkara yang sedang hangat diperkatakan oleh semua media dan masyarakat iaitu mengenai misteri kehilangan MAS #MH370, keadaan cuaca panas yang melanda negara, dengan jerebu politik dan sebagainya...
 ada juga segilintir masyarakat yang tidak mengendahkan semua perekara ini, tanpa memikirkan apa yang akan berlaku pada negara kita dan pada dunia, malah asyik leka dengan dunia sendiri, dengan mengadakan pesta tertutup, malah aibnya telah dibuka oleh Allah dengan eksiden kematian dan sebagainya....


Apalah nak jadi dengan negara kita sebagai negara Islam, kadang-kadang rasa malu utk mengaku sebagai rakyat malaysia diatas apa yang telah berlaku, malah ada juga pihak yang percaya dengan perkara-pertkara tahyol seperti bomoh untuk mengesan pesawat MAS #MH370 yang hilang, jika difikir secara logik akal langsung tidak masuk akal, lepas tu dikaitkan pula dengan isu politik, mentang-mentang lah sekarang menghampiri Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

Macam-macam isu sekarang, apalah nak jd dengan negara kita agaknya, jom sama-sama kita muhasabah balik atas semua yang berlaku....

Rabu, 12 Mac 2014

jom berdoa....


#MH370


assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua...
kalau kita tengok sejak akhir-akhir nie, semua media (media elektronik, media cetak dan sebangainya sibuk mengenai misteri hilangnya  Malaysia Airlines (MAS #MH370)..

adakah ini satu ujian utk semua rakyat malaysia... pape pun marilah sama-sama kita doakan agar semuanya selamat... semua yang berlaku pasti ada hikmah....

"Ya Allah... sesungguhnya Engkau adalah tuhan yang maha berkuasa atas segalanyan yang ada di muka bumi in... kami ingin memohon kepada MU, selamatkanlah pesawat #MH370 bersama krew, anak kapal dan semua penumpang yang menaiki pesawat ini...."