Isnin, 13 Oktober 2014

Terima Kasih Sayang


Terima Kasih Sayang
kerana sudi jadi permaisuri dan teman hidup abang
kerana  terima abang seadanya
kerana sudi melengkapi kekurangan diri abang
moga ikatan yang kita bina akan terus kekal hingga syurga


sayang, abang tak mengharapkan harta benda  daripada sayang, abang tak mengharapkan kekayaan dari sayang, cuma yang abang harapkan hanyalah kasih sayang dan teguran dari sayang jika abang buat kesilapan, kesetiaan sayang terhadap sayang, jaga hubungan yang kita bina, jaga keluarga kita....

Ya Allah,
Berkati dan Rahmatilah rumah tangga yang kami bina ini, kami bina keranaMu Ya Allah, untuk menjaga dan menghalalkan hubungan kami Ya Allah.. kami memohon agar rumahtangga yang kami bina ini kekal hingga ke SyurgaMU..