::Tazkirah::


Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-‘Ala’ ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah SAW: Firman Allah Ta’ala:
“Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku,”
apabila hamba-Ku berkata: (alhamdulillahirabbil’alamin) Allah menjawab: “Hamba-Ku telah memuji-Ku”
apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim) Allah menjawab: Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku:”
apabila hamba itu berkata: (malikiyaumiddin) Allah menjawab: “Hamba-Ku telah mengagungagungkan- Ku  dan apabila hamba itu berkata: (iyakana’buduwaiya kanasta’in) Allah menjawab: “Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku,”
apabila hamba itu berkata: (ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan ‘am ta ‘alaihim ghairil maghdu bi’alaihim waladdha lin) Allah menjawab: “Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku.”
Setelah maksud ayat-ayat itu dihuraikan dengan jelas ternyatalah kepada kita bahawa hadith yang sohih ini telah mendedahkan salah satu daripada rahsia-rahsia (kebesaran) surah al-Fatihah ini yang dipilih sebagai surah yang dibaca oleh setiap Muslim sebanyak tujuh belas kali sehari semalam atau sebanyak mana yang disukainya apabila ia berdoa kepada Allah di dalam solat.